"ALHAMDULILLAH..." - ZULIN AZIZ BERSYUKUR SUDAH BEBAS C0V1D - EDISI SIASAT

“ALHAMDULILLAH…” – ZULIN AZIZ BERSYUKUR SUDAH BEBAS C0V1D

Read Time:1 Minute, 52 Second

“ALHAMDULILLAH…” – ZULIN AZIZ BERSYUKUR SUDAH BEBAS C0V1D

Selepas hampir 10 hari ‘berkurung’, pelakon, penyanyi dan pengacara, Zulin Aziz telah meluahkan rasa syukur apabila disahkan tidak lagi positif C0V1D, malah tidak dijangkiti varian 0m1cr0n dan sudah ‘bebas’ kuarantin.

“Alhamdulillah, saya tidak dijangkiti varian 0m1cr0n. Kalau tidak, durasi kuarantin perlu ditambah lagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi pengalamannya menjalani kuarantin di rumah, Zulin berkata, dia hanya mengalami gejala kehilangan deria bau saja. Dalam pada itu, ditanya mengenai kontak rapatnya sebelum disahkan positif, Zulin juga tidak ada jawapan.

“Saya mengalami gejala hilang deria bau selama dua hari dan pada hari ketiga, deria bau sudah kembali normal. Saya amalkan makan buah kurma dan Alhamdulillah, itu sedikit sebanyak membantu. Kalau demam, saya tak alami demam ketika dalam tempoh kuarantin

“Saya pun tak pasti dari mana saya dijangkiti. Berkemungkinan besar ketika di lapangan terbang memandangkan ramai orang di sana. Mungkin juga ketika berada di dalam pesawat.

“Namun, yang pasti dalam 72 jam pertama memang saya tak ada sebarang gejala dan semuanya dalam keadaan normal saja. Saya menjalani ujian calitan sebanyak tiga kali iaitu sebelum pulang ke Malaysia, ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekali lagi sebelum saya disahkan positif,” jelasnya.

Selesai menjalani kuarantin, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz menerima notifikasi di aplikasi [email protected]@ untuk temujanji suntikan [email protected] [email protected]@k.

“Alhamdulillah, di [email protected]@, dah dapat notifikasi untuk menerima [email protected] [email protected]@k pada esok. Jadi, saya harapnya semuanya dipermudahkan. Insya-Allah, Isnin nanti saya akan mula bekerja,” ujarnya.

“ALHAMDULILLAH…” – ZULIN AZIZ BERSYUKUR SUDAH BEBAS C0V1D


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply