AISHAH TERHARU DIHADIAHKAN ANAK GELANG - EDISI SIASAT

AISHAH TERHARU DIHADIAHKAN ANAK GELANG

Read Time:2 Minute, 6 Second

AISHAH TERHARU DIHADIAHKAN ANAK GELANG : “SEUMUR HIDUP I LAH ISTERI YANG MEMBELI BERAS”

“I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Hahaha. Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras.

“Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand. Buat mata mum dia masuk habuk. Tiga tahun lepas my fan club belikan Pandora yang rose gold this time dapat yang silver untuk casual wear pulak.

“I am blessed,” tulis penyanyi Aishah Ariffin yang terharu selepas menerima hadiah berupa barangan kemas daripada anaknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-57, baru-baru ini.

Menurut Aishah, sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri, dia tidak pernah menerima atau dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Malah, penyanyi lagu, ‘Janji Manismu’ ini turut memberi gambaran bahawa dirinya jugalah yang bertanggungjawab untuk menyara keluarganya selama ini.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas juara program Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Bagaimanapun, Aishah tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak yang amat menyayangi dirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Aishah.

“Kak Aisyah wanita tabah dan istimewa.” – “Alhamdulillah semoga murah rezeki Kak Aishah pada tahun 2022 ini.” – “Very thoughtful son.. Good boy. He would make a wonderful husband to some lucky girl someday.

“Anda wanita yang kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba. Terus kuat, cantik dan sihat,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, pada November 2021, Aishah dilaporkan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung bersama suaminya.

Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Hasil perkahwinannya sebelum ini, Aishah telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Armand Azhari, 29 dan Azhad Ahlami, 24.

AISHAH TERHARU DIHADIAHKAN ANAK GELANG


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

Share

Leave a Reply