3 tentera Armenia maut dalam pertempuran sempadan dengan Azerbaijan - EDISI SIASAT

3 tentera Armenia maut dalam pertempuran sempadan dengan Azerbaijan

Read Time:2 Minute, 4 Second
3 tentera Armenia maut dalam pertempuran sempadan dengan Azerbaijan
Peperangan berpusat di sekitar kawalan untuk Nagorno-Karabakh, kawasan pemisah berpenduduk jarang dan bergunung-ganang di dalam Azerbaijan yang dikawal sejak beberapa dekad oleh pejuang Armenia. – Foto AGENSI

3 tentera Armenia maut dalam pertempuran sempadan dengan Azerbaijan

YEREVAN: Armenia hari ini melaporkan tiga askarnya terbunuh dalam pertempuran sempadan dengan Azerbaijan, dalam pertempuran paling serius antara musuh bekas Soviet sejak beberapa bulan ini.

Azerbaijan sebelum ini berkata, seorang daripada askarnya maut dalam pertempuran yang berlaku semalam membabitkan sepanjang wilayah sempadan yang dipertikaikan dan tidak menentu, dengan ketegangan masih tinggi berikutan perang antara negara Caucasus pada 2020.

Kementerian Pertahanan Armenia dalam satu kenyataan hari ini berkata, mayat seorang anggota tentera Armenia dijumpai dengan kesan tembakan maut di kawasan sekitar lokasi ‘pertempuran sengit’ yang tercetus pada hari sebelumnya.

Dua askar cedera dalam pertempuran itu dilaporkan stabil, kata Kementerian Pertahanan itu lagi.

Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh pihak lain memulakan ‘provokasi’ yang mencetuskan tembak menembak mengakibatkan seorang askar Azerbaijan dan tiga tentera Armenia terbunuh.

Armenia berkata, sebelum ini bahawa tenteranya menjadi sasaran artileri dan dron di kawasan sempadan timurnya, namun dakwaan itu dinafikan Azerbaijan.

Korban nyawa itu adalah ancaman serius kepada gencatan senjata yang dilaksanakan dengan bantuan Russia pada November 2020 yang menamatkan peperangan kejam selama enam minggu dengan meragut nyawa 6,000 orang bagi kedua-dua belah pihak.

Peperangan berpusat di sekitar kawalan untuk Nagorno-Karabakh, kawasan pemisah berpenduduk jarang dan bergunung-ganang di dalam Azerbaijan yang dikawal sejak beberapa dekad oleh pejuang Armenia.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata, Armenia menyerahkan kembali kawasan besar yang sudah dikuasai oleh wilayah pemisah selama beberapa dekad, termasuk Kalbajar, di mana Azerbaijan berkata askarnya terbunuh dalam keadaan peperangan yang bertambah buruk, baru-baru ini. – AFP

3 tentera Armenia maut dalam pertempuran sempadan dengan Azerbaijan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply