United perlu dapatkan Conte - EDISI SIASAT

United perlu dapatkan Conte

Read Time:2 Minute, 15 Second
United perlu dapatkan Conte
Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick dikatakan tidak memiliki kualiti secukupnya bagi menguruskan kelab terbesar di dunia itu. – Foto EPA

United perlu dapatkan Conte

LONDON: Paul Scholes memberitahu Manchester United supaya mendapatkan Antonio Conte musim panas ini dalam usaha memulihkan segera masalah di Old Trafford.

Legenda Red Devils itu menyedari kelab lamanya itu berdepan kesukaran di bawah kendalian bos sementara, Ralf Rangnick.

United menolak Conte, yang menang lima gelaran ketika bersama Juventus, Chelsea dan Inter Milan, kerana pengendali itu dikatakan tidak sesuai dan terus memberikan kepercayaan terhadap Ole Gunnar Solskjaer.

Pengendali dari Itali berusia 52 tahun itu mengambil alih tugas di Tottenham pada November, hanya tiga minggu sebelum Solskjaer dipecat, namun sudah kecewa dengan skuad dimilikinya.

Dan Scholes berkata: “Sebahagian orang berkata dia tidak sesuai buat United tetapi anda sudah melihat apa yang sudah dilakukannya di Tottenham dengan skuad yang langsung tidak sebagus United.

United perlu dapatkan Conte
Antonio Conte.

“Dia mungkin akan mencabar bagi kedudukan empat teratas dan United terlepas peluang bersamanya. Mereka mungkin masih boleh mendapatkannya dari Tottenham. Penyokong Tottenham mungkin tidak suka saya bercakap seperti ini.

“Anda boleh lihat dia sudah mula kecewa dengan pemain dalam skuadnya dan meminta perkara lain. Conte boleh melakukan sesuatu yang istimewa di sini, dia ada kelayakan untuk melakukannya. Adakah kita boleh mendapatkannya? Saya tidak tahu.”

Rangnick tidak melalui permulaan yang bagus walaupun hanya tewas sekali dalam tujuh perlawanan awalnya.

Scholes berkata: “Kami memilih orang yang menerima pujian di sekitar Eropah oleh pengurus seperti (Jurgen) Klopp dan (Thomas) Tuchel. Tetapi dia tidak banyak berjaya selaku jurulatih.

“Dia menang gelaran di Jerman dan sedikit bersama Schalke, tetapi dia diminta datang dan menguruskan kelab terbesar dunia, ia sesuatu yang saya benar-benar tidak faham.

“Kami sepatutnya memiliki seorang daripada lima pengurus terbaik dunia. Kini Tuchel, (Pep) Guardiola dan Klopp adalah antara tiga terbaik tetapi kita tidak boleh mendapatkan mereka, tiada peluang untuk mendapatkan mereka. Kemudian anda boleh melihat kepada Antonio Conte.” – AGENSI

United perlu dapatkan Conte


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply