Tentera pimpinan Russia tinggalkan Kazakhstan - EDISI SIASAT

Tentera pimpinan Russia tinggalkan Kazakhstan

Read Time:2 Minute, 9 Second
Tentera pimpinan Russia tinggalkan Kazakhstan
Arca Presiden pertama Kazakhstan, Nurrsultan Nazarbayev, dibaling lumpur oleh penunjuk perasaan. – Foto REUTERS

Tentera pimpinan Russia tinggalkan Kazakhstan

NUR-SULTAN: Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, hari ini, berkata kontinjen tentera diketuai Russia akan meninggalkan negaranya dalam masa dua hari, dengan penarikan keluar yang mengambil masa tidak lebih 10 hari.

“Misi utama pasukan pengaman Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) berjaya diselesaikan.

“Dalam masa dua hari, penarikan berperingkat kontinjen pengaman bersatu CSTO akan bermula.

“Proses penarikan balik kontinjen mengambil masa tidak lebih 10 hari,” katanya dalam sidang video yang disiarkan secara langsung kepada kerajaan dan Parlimen.

CSTO menghantar lebih 2,000 tentera ketika kemuncak krisis minggu lalu, selepas berlakunya pertempuran bersenjata antara penentang kerajaan dan pasukan keselamatan serta rompakan, menyebabkan sebahagian bandar terbesar, Almaty hampir musnah.

Ibu pejabat pentadbiran bandar Almaty dibakar dalam bantahan minggu lalu. – Foto REUTERS

Kassym-Jomart juga dilihat mengukuhkan lagi kedudukannya, dengan menyokong pemangku Perdana Menteri, Alikhan Smailov untuk memegang jawatan itu secara tetap, pencalonan yang mendapat sokongan sebulat suara penggubal undang-undang pada Selasa.

Kazakhstan berdepan pergolakan minggu lalu, berpunca daripada protes aman terhadap kenaikan harga tenaga di barat negara itu, menyebabkan puluhan mangsa terbunuh sebagai percubaan rampasan kuasa yang dibantu pengganas asing, namun turut mendedahkan pergaduhan di peringkat atasan kerajaan.

Mentor Kassym-Jomart, Presiden pengasas, Nursultan Nazarbayev, masih belum muncul secara terbuka sejak krisis itu bermula, walaupun pembantu Nursultan mendakwa, pemimpin berusia 81 tahun itu berada di ibu negara Nur-Sultan dan mengadakan dialog dengan Kassym-Jomart.

Bekas ketua jawatankuasa keselamatan negara, Karim Masimov, sekutu penting Nursultan yang dilihat ramai sebagai mengekalkan pengaruh presiden bersara itu ke atas kerajaan, ditahan pada Sabtu lalu. – AFP

Pasukan pengaman Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif mengawal stesen jana kuasa di Almaty, hari ini. – Foto AFP

Tentera pimpinan Russia tinggalkan Kazakhstan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply