SAFTTA Persoal Kenyataan KJ Berkenaan Jemaah Umrah - EDISI SIASAT

SAFTTA Persoal Kenyataan KJ Berkenaan Jemaah Umrah

Read Time:1 Minute, 0 Second

SAFTTA Persoal Kenyataan KJ Berkenaan Jemaah Umrah

SAFTTA Persoal Kenyataan KJ Berkenaan Jemaah Umrah

Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), mempersoalkan kenyataan berkenaan 14% jemaah umrah yang positif tiada rekod vaksin.

6 Januari lepas, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), mendedahkan 14 peratus jemaah umrah yang dijangkiti Covid-19 tiada rekod vaksinasi.

Namun kenyataan itu dipersoalkan oleh Pengerusi SAFTTA, Fathir Badri Alhadad.

Menurut beliau, SOP untuk seseorang jemaah umrah yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi sangat ketat.

Maklumat jenis vaksin serta tahap kesihatan perlu dimasukan ke aplikasi Muqem, 72 jam sebelum jemaah memulakan penerbangan.

Aplikasi itu juga turut bersambung dengan dua aplikasi lagi iaitu Tawakalna dan Eatamarna.

Yang mana informasinya saling berpaut untuk mendapatkan slot aktiviti mengerjakan umrah.

SAFTTA menuntut maklum balas segera daripada Kementerian Kesihatan adakah 14% yang disebut itu semuanya melibatkan jemaah umrah.

Namun selepas 4 hari KJ membuat kenyataan, KKM masih lagi belum memberikan apa-apa maklumat terperinci.

SAFTTA akan menyokong supaya tindakan diambil ke atas agensi yang gagal mematuhi SOP oleh MoTAC.

 

SAFTTA Persoal Kenyataan KJ Berkenaan Jemaah Umrah

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman

Share

Leave a Reply