PERHILITAN terus pantau perkampungan Orang Asli, kesan Pak Belang - EDISI SIASAT

PERHILITAN terus pantau perkampungan Orang Asli, kesan Pak Belang

Read Time:2 Minute, 5 Second
PERHILITAN terus pantau perkampungan Orang Asli, kesan Pak Belang
Seekor harimau dikesan berada di luar pagar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Balar di sini, semalam. Sebelum itu, harimau turut dikesan di Pos Bihai yang menyebabkan seorang lelaki Orang Asli maut dibaham. – FOTO PEMBACA

PERHILITAN terus pantau perkampungan Orang Asli, kesan Pak Belang

PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) masih menjalankan operasi memantau kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai di Gua Musang, Kelantan.

Dalam kenyataan hari ini, PERHILITAN memaklumkan, tindakan yang telah dilaksanakan adalah memasang tiga perangkap harimau belang (Perangkap Wahab), iaitu masing-masing dua di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak.

“Jabatan sentiasa memantau dan memberi taklimat kepada penduduk kampung dari semasa ke semasa mengenai perjalanan operasi mengesan dan menangkap harimau belang,” kata jabatan berkenaan.

PERHILITAN juga menasihatkan orang ramai mengambil langkah keselamatan ketika berada di luar kawasan rumah dan lebih berhati-hati serta berwaspada jika tersempak hidupan liar.

Kenyataan itu menjelaskan, kajian sebelum ini mengenal pasti majoriti daripada populasi Harimau Malaya berada di kawasan hutan simpan Semenanjung dan di jajaran Taman Negara-Banjaran Titiwangsa.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 17 keluarga Orang Asli dari Kampung Remau, Pos Bihai terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing susulan ternampak kelibat harimau belang dewasa di sekitar kebun dan kawasan kediaman mereka sejak Jumaat lalu.

Rata-rata penduduk berpindah ke Kampung Tendrik setelah menyedari kehadiran haiwan liar itu yang didapati berkeliaran di sekitar kawasan penempatan mereka. Terdapat beberapa penduduk memilih berpindah ke dewan, rumah saudara atau rakan buat sementara kerana bimbang sekiranya diserang haiwan liar berkenaan.

Dalam kejadian baru-baru ini, seorang lelaki Orang Asli, Anek Along maut dibaham harimau di Kampung Sau dekat Pos Bihai ketika mangsa sedang menumbuk padi huma bersama anak perempuannya di belakang rumah, kira-kira jam 9.10 pagi.

PERHILITAN terus pantau perkampungan Orang Asli, kesan Pak Belang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply