PBB perlu AS$5 bilion bantu Afghanistan - EDISI SIASAT

PBB perlu AS$5 bilion bantu Afghanistan

Read Time:2 Minute, 8 Second
PBB perlu AS$5 bilion bantu Afghanistan
Anggota Taliban mengawal wanita menunggu bantuan makanan di Kabul. – Foto AFP

PBB perlu AS$5 bilion bantu Afghanistan

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan AS$5 bilion (RM20.97 bilion) bantuan untuk Afghanistan bagi 2022 untuk mengelak malapetaka kemanusiaan dan menawarkan masa depan kepada negara itu selepas 40 tahun menderita.

Dalam rayuan yang terbesar untuk sebuah negara, PBB berkata, AS$4.4 bilion (RM18.46 bilion) diperlukan di Afghanistan, manakala AS$623 juta (RM2.6 bilion) lagi diperlukan untuk menampung jutaan rakyat Afghanistan yang mendapatkan perlindungan di luar sempadan negara itu.

PBB berkata, 22 juta orang di Afghanistan dan 5.7 juta lagi rakyatnya yang kehilangan tempat tinggal di lima negara jiran memerlukan bantuan penting pada tahun ini.

“Bencana kemanusiaan yang lebih besar akan tiba. Mesej saya ini mendesak – jangan tutup pintu kepada rakyat Afghanistan,” kata ketua bantuan PBB, Martin Griffiths.

“Bantu kami meningkatkan dan mengelakkan kelaparan yang meluas, penyakit, kekurangan zat makanan dan akhirnya kematian”.

Sejak Taliban menguasai Afghanistan pada pertengahan Ogos tahun lalu, negara itu terjerumus ke dalam keadaan kewangan yang tidak menentu, dengan inflasi dan pengangguran yang melonjak.

Washington membekukan berbilion dolar aset negara itu, manakala banyak bekalan bantuan terganggu.

Afghanistan juga mengalami kemarau paling teruk dalam tempoh beberapa dekad pada tahun lalu.

Tanpa pakej bantuan itu, tidak akan ada masa depan, kata Griffiths kepada pemberita di Geneva.

Katanya, jika pembiayaan diperoleh, itu akan membantu agensi bantuan meningkatkan penyampaian sokongan makanan dan pertanian, perkhidmatan kesihatan, rawatan kekurangan zat makanan, tempat perlindungan kecemasan, akses kepada air dan sanitasi, perlindungan serta pendidikan.

Dianggarkan 4.7 juta orang akan mengalami kekurangan zat makanan akut pada 2022, termasuk 1.1 juta kanak-kanak dengan kekurangan zat makanan akut yang teruk.

Griffiths berkata, tanpa bantuan kemanusiaan, kesusahan, kematian, kelaparan dan perpindahan secara besar-besaran akan menyusul. – AFP

PBB perlu AS$5 bilion bantu Afghanistan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

Share

Leave a Reply