NIA RAMADHANI MENITISKAN AIR MATA - EDISI SIASAT

NIA RAMADHANI MENITISKAN AIR MATA

Read Time:1 Minute, 44 Second

NIA RAMADHANI MENITISKAN AIR MATA – DIJATUHI HUKUMAN PENJARA SETAHUN

Kes yang melibatkan pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie serta pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto berhubung salah laku dadah ‘berakhir’ apabila dijatuhi hukuman penjara setahun.

Hukuman tersebut diputuskan oleh majelis hakim yang diketuai Hakim Ketua Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat, hari ini.

“Hukuman yang patut dijatuhkan kepada para terdakwa adalah hukuman penjara kerana terdakwa Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie telah terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan,” kata Muhammad Damis seperti dilaporkan Kompas.

Sebaik mendengar keputusan hukuman yang dijatuhkan kepadanya, Nia dilihat menundukkan kepala dan menitiskan air mata. Ardi pula didakwa melihat keadaan isterinya yang menangis.

Selain Nia, ada ahli keluarga dan sahabat termasuk pengurus pelakon tersebut menangis dengan keputusan penjara setahun yang dikenakan kepada mereka bertiga. Jika mengikut kesalahan, mereka berdepan penjara sehingga empat tahun.

Sebelumnya, mereka bertiga diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di RSKO Cibubur selama 12 bulan. Mereka bagaimanapun hanya sempat menjalani pemulihan selama lima bulan di pusat pemulihan Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat.

Terdahulu, pemandu peribadi pasangan tersebut telah ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis sabu seberat 0.78 gram pada pertengahan tahun 2021.

Penangkapan tersebut membawa polis kemudian menahan Nia bersama sebuah alat menghisap sabu sebelum suaminya datang menyerah diri di balai polis pada hari sama.

NIA RAMADHANI MENITISKAN AIR MATA – DIJATUHI HUKUMAN PENJARA SETAHUN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply