Liverpool takut bertemu Arsenal? - EDISI SIASAT

Liverpool takut bertemu Arsenal?

Read Time:1 Minute, 47 Second
Liverpool takut bertemu Arsenal?
Trent Alexander-Arnold menjadi pemain Liverpool yang benar-benar positif COVID-19.

Liverpool takut bertemu Arsenal?

LONDON: Liga Bolasepak England (EFL) didesak untuk menyiasat mengapa pemain Liverpool yang diuji positif COVID-19 sebelum penangguhan aksi separuh akhir Piala Liga berdepan Arsenal kemudiannya didapati negatif.

Laman web sukan, The Athletic mendakwa beberapa kelab EFL mahukan penjelasan mengenai tarikh sebenar Liverpool mendapat makluman itu, adakah sebelum aksi berdepan Arsenal yang mana memungkinkan perlawanan terbabit dapat diteruskan seperti biasa.

Pasukan turut menuntut EFL supaya menjalankan siasatan selepas beberapa permohonan untuk penangguhan perlawanan pada musim ini akibat COVID-19 ditolak.

EFL bersetuju menangguhkan perlawanan itu, Khamis lalu selepas Liverpool berdepan peningkatan kes COVID-19 dalam pasukan yang menyaksikan Jurgen Klopp, Pep Lijnders dan beberapa pemain dikuarantin susulan didapati positif.

Namun, Klopp pada Ahad lalu mendedahkan peningkatan kes yang membawa kepada penangguhan perlawanan berdepan Arsenal adalah disebabkan ‘banyak positif palsu’.

Hanya Trent Alexander-Arnold yang benar-benar diuji positif namun mereka yang positif palsu masih tidak dapat diturunkan pada aksi Piala FA berdepan Shrewsbury.

Klopp menurunkan empat pemain muda dalam kesebelasan utama yang menyaksikan mereka meraih kemenangan 4-1.

“Ini adalah pasukan yang kami boleh turunkan dan pemain beraksi dengan baik,” kata Klopp.

“Kami berdepan kes yang banyak tetapi rupanya banyak positif palsu namun mereka tetap tidak dibenarkan beraksi.

“Hanya Alexander-Arnold yang betul-betul positif manakala yang lain adalah positif palsu,” tambanya. -AGENSI

Liverpool takut bertemu Arsenal?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply