Lebih 10,000 ayam mati terbakar - EDISI SIASAT

Lebih 10,000 ayam mati terbakar

Read Time:1 Minute, 29 Second
Lebih 10,000 ayam mati terbakar
Kebakaran di sebuah ladang ternak di Jalan Bau-Kuching awal pagi tadi menyebabkan lebih 10,000 ayam mati. – Foto ihsan JBPM

Lebih 10,000 ayam mati terbakar

BAU: Lebih 10,000 ayam mati dalam kebakaran di ladang ternakan ayam Zhang Agriculture Development Sdn Bhd di Jalan Bau-Kuching, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran ladang ternak itu pada jam 3.40 pagi.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati api sudah merebak di keseluruhan struktur reban berukuran 7.5 x 30 meter persegi itu.

“Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 4.30 pagi dan operasi tamat pada jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Henderi berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

Menurutnya berdasarkan maklumat pengusaha ladang ternakan itu, dianggarkan lebih 10,000 ayam mati terbakar dalam kejadian itu.

Lebih 10,000 ayam mati terbakar


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply