Kes COVID-19 bawah 12 tahun di Sabah membimbangkan - EDISI SIASAT

Kes COVID-19 bawah 12 tahun di Sabah membimbangkan

Read Time:1 Minute, 31 Second
Kes COVID-19 bawah 12 tahun di Sabah membimbangkan
Datuk Masidi Manjun

Kes COVID-19 bawah 12 tahun di Sabah membimbangkan

KOTA KINABALU: Hampir 20 peratus atau 50 daripada 253 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di negeri ini semalam membabitkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun menyifatkan perkembangan itu sebagai membimbangkan.

“Diharapkan semua ibu bapa juga guru mengambil langkah serta inisiatif supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan ke atas mereka yang masih belum layak menerima vaksin,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah berkata Sabah merekodkan empat kes kematian dengan masing-masing satu kes di Tawau, Pitas, Tambunan dan Kota Belud.

Hanya empat daerah di Sabah catat kes dua angka

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 288 orang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih seramai 235,692 orang.

“Seramai 748 pesakit menerima rawatan iaitu 419 orang di hospital, 327 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua di Pusat Tahanan Sementara (PTS),” katanya.

Kes COVID-19 bawah 12 tahun di Sabah membimbangkan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply