Kepada Azman Ujang, Jangan 'Di Lacurkan' SPRM - EDISI SIASAT

Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

Read Time:2 Minute, 21 Second

Kepada Azman Ujang; Jangan Di Lacurkan SPRM

Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

Ahli Lembaga Pengurusan Pencegahan Rasuah (LPPR), Azman Ujang, dilihat seolah-olah dengan sengaja mengenakan Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang dalam kes Azam Baki.

Edisi Siasat melihat seolah-olah ada konspirasi antara Azman Ujang dan 5 lagi ahli panel LPPR untuk terus menghangatkan isu tersebut.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Abu Zahar dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Januari 2022 yang mendedahkan perkara sebenar.

Abu Zahar menjelaskan kenyataan media yang dibuat oleh 6 Ahli Panel LPPR itu tidak memetik keseluruhan hasil perbincangan yang telah dilakukan LPPR.

Kepada Azman Ujang, Jangan Di Lacurkan SPRM

LPPR sebenarnya mengambil sikap terbuka supaya siasatan mengenai alegasi salahlaku Azam Baki disiasat oleh mana-mana agensi penguatkuasa.

Malah selaras dengan prinsip Kedaulatan Undang Undang, LPPR tidak akan menghalang mana-mana agensi untuk menyiasat.

Ini adalah kerana LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan salahlaku anggota atau pegawai SPRM.

Tetapi kenyataan media yang dilakukan oleh 6 Ahli Panel LPPR yang lain cuba gambarkan seolah-olah Abu Zahar mahu menghalang siasatan dilakukan.

Kepada Azman Ujang, Jangan Di Lacurkan SPRM

Kepada Azman Ujang, Jangan Di Lacurkan SPRM

Kepada Azman Ujang, Jangan Di Lacurkan SPRM

Penjelasan Mengenai Isu Perletakan Jawatan Edmund Terence Gomez

Dalam kenyataan media penuh yang dikeluarkan pada 5 Januari 2022 juga ada jelaskan isu perletakan jawatan Edmund Terence Gomez sebagai Ahli Panel LPPR.

Sementara itu Abu Zahar menjelaskan dakwaan Edmund bahawa beliau telah mengutus surat kepada Abu Zahar adalah tidak benar.

Malah beliau telah menjemput Edmund untuk berbincang tetapi ditolak.

Segala-galanya dijelaskan oleh Abu Zahar dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 5 Januari 2022.

Persoalannya, apakah agenda Azman Ujang dan Ahli Panel LPPR lain yang keluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam sidang media pada 8 Januari 2022?

Memandangkan latarbelakang kewartanan Azman Ujang, apakah beliau yang mengetuai konspirasi tersebut?

Atau apakah Azman Ujang menerima arahan dari pihak tertentu supaya terus menekan Azam Baki supaya melepaskan jawatan beliau?

Kenyataan media yang dikeluarkan pada 5 Januari 2022 telah diberikan kepada semua pihak media.

Pihak media pasti maklum keadaan sebenar dan pendirian sebenar LPPR berhubung isu Azam Baki.

Antara media yang paling awal menyiarkan berita mengenai sidang media 6 Ahli Panel LPPR ialah Malaysiakini dan Bernama.

Mengapakah Malaysiakini dan Bernama hanya melaporkan sidang media 6 Ahli Panel pada 8 Januari 2022.

Tetapi dalam masa yang sama seperti cuba sembunyikan kenyataan media yang dikeluarkan pada 5 Januari 2022?

Di manakah etika kewartawanan media tersebut?

Edisi Siasat bukan menyebelahi mana-mana pihak tetapi kita mesti jujur dan berprinsip.

Yang benar mesti dikatakan benar dan yang salah mesti dikatakan salah.

Kerana sesungguhnya yang benar itu nyata dan yang salah itu juga nyata.

 

Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman 

Share

Leave a Reply