Juruterbang maut, jet terhempas - EDISI SIASAT

Juruterbang maut, jet terhempas

Read Time:1 Minute, 35 Second
Juruterbang maut, jet terhempas
Pegawai tentera memeriksa bangkai pesawat F5E atas gunung Hwaseong, 40 kilometers di selatan Seoul, hari ini. – Foto EPA
Juruterbang maut, jet terhempas

SEOUL: Seorang juruterbang Tentera Udara Korea Selatan maut dalam satu nahas jet pejuang F-5, hari ini, kata pegawai, seminggu selepas negara itu menghentikan penggunaan jet pejuang F-35.

Jet berkenaan terhempas di atas gunung di Hwaseong, kira-kira 50 kilometer ke selatan Seoul, menurut pihak berkuasa tentera.

Juruterbang pesawat yang mengendali berseorangan gagal menggunakan kerusi anjal untuk keluar dan terbunuh dalam nahas itu, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

Tentera udara berkata, mereka sedang menyiasat punca kemalangan.

Jet pejuang F5E di selatan Seoul, hari ini. – Foto EPA

F-5E ialah jet pejuang generasi lama dengan reka bentuk bermula pada 1960-an.

Minggu lalu, Korea Selatan menghentikan penggunaan semua jet pejuang canggih F-35, selepas satu daripadanya terpaksa melakukan pendaratan cemas, berikutan kerosakan sistem yang besar.

Selepas roda atau gear pendaratan pada jet tidak berfungsi, juruterbang memilih untuk tidak melepaskan diri, sebaliknya mendarat terus menggunakan badan jet berkenaan, tanpa sebarang kecederaan. – AFP

Juruterbang maut, jet terhempas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

 

 

Share

Leave a Reply