Dr Maza: Dari Mufti Ke Ahli Nujum Pak Belalang? - EDISI SIASAT

Dr Maza: Dari Mufti Ke Ahli Nujum Pak Belalang?

Read Time:1 Minute, 27 Second

Dr Maza: Dari Mufti Ke Ahli Nujum Pak Belalang?

Dr Maza: Dari Mufti Ke Ahli Nujum Pak Belalang?

Mufti Perlis, Dr Maza, mahu supaya seluruh kepimpinan SPRM disemak semula dan sebolehnya dirombak.

Beliau juga mahu para agamawan bangkit menentang hal ini melebihi kesibukan mereka membincangkan isu dosa pahala.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Maza menuduh kenyataan sokongan warga SPRM ke atas Azam sebagai mendahului siasatan.

Pada pandangan Edisi Siasat, kenyataan Dr Maza itu adalah ibarat ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi.

Dr Maza menuduh sokongan warga SPRM ke atas Azam Baki telah mendahului siasatan.

Sedar atau tidak, apabila beliau mahu seluruh kepimpinan SPRM disemak semula.

Itu sudah bermaksud beliau menjatuhkan hukuman sebelum selesai siasatan.

Adalah lebih baik tersilap memberi sokongan moral dari tersilap menuduh seseorang itu bersalah sebelum terbukti bersalah.

Mufti Perlis itu juga mahu supaya agamawan bangkit bersuara berkenaan isu ini.

Sebenarnya diam agamawan yang lain bukan kerana mereka tidur seperti yang disangkakan oleh Dr Maza.

Tetapi mahu memberi ruang proses undang-undang berjalan dengan sempurna tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.

Mereka tidaklah gelojoh seperti Dr Maza yang suka mencari populariti murahan dari isu-isu panas.

Edisi Siasat nasihatkan supaya Dr Maza belajar bersabar dari agamawan yang lain.

Jangan bertukar profesion kepada Ahli Nujum Pak Belalang.

Takut nanti terjebak dalam dosa fitnah.

Maaf Dr Maza.

Edisi Siasat menghormati ilmu Dr Maza.

Tetapi Dr Maza tetap manusia biasa yang mempunyai nafsu dan tidak maksum.

 

Dr Maza: Dari Mufti Ke Ahli Nujum Pak Belalang?

 

Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman

Share

Leave a Reply