Ditemui lemas pada SAR hari kedua - EDISI SIASAT

Ditemui lemas pada SAR hari kedua

Read Time:1 Minute, 30 Second
Ditemui lemas pada SAR hari kedua
Mayat mangsa dibawa ke darat selepas ditemui terapung di muara sungai Kampung Lubok Weston Tanjung, Beaufort. NSTP/Ihsan Bomba

Ditemui lemas pada SAR hari kedua

BEAUFORT: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di muara sungai Kampung Lubok Weston, di sini, semalam, ditemui lemas, petang ini.

Mayat Zulkifli Jambul, 43, ditemui terapung pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok bersama pasukan bomba dan agensi keselamatan, pada jam 4.14 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR kemudian ditamatkan pada jam 5 petang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Operasi SAR turut dibantu oleh unit K9 dengan menggunakan anjing pengesan dan turut membabitkan anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), PBS dan penduduk kampung.

Terdahulu, kehilangan mangsa disedari penduduk selepas menemui bot tanpa pengemudi dalam keadaan enjin masih hidup pada jam 7.30 pagi.

Ditemui lemas pada SAR hari kedua


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply