Dipukul rakan ketika tuntut hutang - EDISI SIASAT

Dipukul rakan ketika tuntut hutang

Read Time:1 Minute, 17 Second

Dipukul rakan ketika tuntut hutang

SEREMBAN: Seorang buruh lelaki cedera di dada ketika menuntut hutang daripada rakannya di Taman Dusun Setia, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam.

Katanya, mangsa berusia 30 tahun dikatakan pergi ke rumah suspek berusia 28 tahun jam 8.30 malam.

“Mangsa ke rumah suspek untuk menuntut hutang selepas suspek dikatakan berjanji membayar hutang semalam.

“Sebaik tiba di lokasi, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek dan kemudian berlaku pergelutan antara mereka.

“Mangsa menyatakan suspek ada memegang objek tajam dan terkena dada mangsa sehingga berdarah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa orang awam ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk rawatan.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dipukul rakan ketika tuntut hutang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply