BELLA ASTILLAH: TAMIL SONG ATAU OPERA SONG - EDISI SIASAT

BELLA ASTILLAH: TAMIL SONG ATAU OPERA SONG

Read Time:1 Minute, 29 Second

BELLA ASTILLAH: TAMIL SONG ATAU OPERA SONG – NANTI ORANG KATA SENANG JUGA

“Syukur Alhamdulillah @iamaliffaziz dapat rezeki untuk ke Semi final @gegarvaganzaofficial 8 🥰. Proud of you love! Just do your best, buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap.

“Lumrah kehidupan. We can never please people. Ignore and move on. Rezeki Allah s.w.t dah susun & tetapkan. Kita hanya menjalani. Yang penting setiap lagu yang awak dapat awak buat dengan ikhlas dan jujur ya 🌹.

“P/s: I really hope awak dapat tamil song atau opera song, tp kalau awak boleh nyanyi nanti org kata senang juga 😅,” demikian pesanan Bella Astillah buat suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Status Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah itu seolah secara sinis menyindir netizen kerana tidak menyukai suaminya dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Terdahulu Aliff diumum menjadi peserta kedua yang layak ke peringkat separuh akhir GV8 yang bakal berlangsung Ahad ini. Pada peringkat suku akhir kelmarin, Aliff menyanyikan lagu ‘Rapuh’ nyanyian asal Nastia dengan markah keseluruhan 76.80 peratus.

BELLA ASTILLAH: TAMIL SONG ATAU OPERA SONG


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply