Bekas pekerja hiasan dalaman dituduh ubah wang haram RM227,000 - EDISI SIASAT

Bekas pekerja hiasan dalaman dituduh ubah wang haram RM227,000

Read Time:1 Minute, 53 Second
Bekas pekerja hiasan dalaman dituduh ubah wang haram RM227,000
Nur Aliyyah ketika hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto ZULFADHLI ZAKI

Bekas pekerja hiasan dalaman dituduh ubah wang haram RM227,000

SHAH ALAM – Seorang bekas pekerja hiasan dalaman didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM227,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Nur Aliyyah Habibah Jackson Ghani, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helina Datuk Sulaiman.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Nur Aliyyah telah memindahkan dan melupuskan keseluruhan RM227,000 hasil aktiviti haram dari akaun semasa bank milik sebuah syarikat termasuk kepada akaun bank seorang wanita berusia 64 tahun

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank tempatan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di antara 7 hingga 20 April 2020.

Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5juta, mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap satu pertuduhan bersama seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan dan permohonan pindahan kes daripada pihak pendakwaan.

Perbicaraan kes ditetapkan pada 24 hingga 26 Januari bersama satu kes Akta Kewangan berkenaan. -K!ONLINE

Bekas pekerja hiasan dalaman dituduh ubah wang haram RM227,000


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply