7 daripada 9 satelit angkasa milik Malaysia telah mati, ini sebabnya - EDISI SIASAT

7 daripada 9 satelit angkasa milik Malaysia telah mati, ini sebabnya

Read Time:2 Minute, 2 Second

7 daripada 9 satelit angkasa milik Malaysia telah mati, ini sebabnyaMenurut Agensi Angkasa Malaysia (MySA), 7 daripada 9 satelit yang dilancarkan Malaysia sudah tidak aktif dan diklasifikasi sebagai end-of-life. Ia tidaklah mengejutkan kerana ada dalam kalangan satelit yang kita lancarkan sudahpun berusia 25.

7 daripada 9 satelit angkasa milik Malaysia telah mati, ini sebabnya
Senarai satelit yang dilancarkan Malaysia dan yang didaftarkan di PBB – sumber

Tentu sekali akan ada teknologi yang lebih cekap masa ini boleh menggantikan unit-unit yang sudah tidak aktif. Berikut adalah senarai satelit yang telah Malaysia lancarkan mengikut kronologi masa:

  1. MEASAT 1 – 12 Januari 1996
  2. MEASAT 2 – 13 November 1996
  3. TIUNGSAT 1 – 26 September 2000
  4. MEASAT 3 – 11 Disember 2006
  5. MEASAT 3a – 21 Jun 2009
  6. RAZAKSAT – 14 Julai 2009
  7. MEASAT 3b – 11 September 2014
  8. UiTMSat 1 – 10 Ogos 2018
  9. Innosat 2 – 29 November 2018

Kalau anda masih ingat, satelit terakhir yang dilaporkan telah dikeluarkan daripada senarai operasi adalah MEASAT 3 yang berusia 15 tahun ketika tidak beroperasi. Ia menyebabkan penyiaran servis TV Satelit ASTRO tergendala buat beberapa hari.

Pihak yang mengendalikan ASTRO dikhabarkan akan melancarkan satelit baharu, MEASAT 3d secepat mungkin dan katanya boleh menampung lebih banyak siaran beresolusi tinggi serta kelajuan capaian Internet lebih pantas. Kali terakhir Malaysia melancarkan satelit adalah dalam akhir 2018 iaitu Innosat 2.

Cerita tentang satelit ini tumbul bersempena Dasar Angkasa Negara 2030 (Malaysia Space-X 2030). Ia adalah kerangka kerja yang dilancarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi  mengawal selia hal ehwal pembangunan teknologi angkasa di Malaysia.

Dr. Adham Baba, menteri MOSTI memberi gambaran yang sektor angkasa negara disasarkan untuk menyumbang RM3.2 billion ataupun 0.3% kepada KDNKK negara menjelang 2030 disamping mewujudkan sekitar 5,000 peluang kerja.

7 daripada 9 satelit angkasa milik Malaysia telah mati, ini sebabnya


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply