10 maut hujan lebat di Tenggara Brazil - EDISI SIASAT

10 maut hujan lebat di Tenggara Brazil

Read Time:1 Minute, 27 Second
10 maut hujan lebat di Tenggara Brazil
Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat di Tenggara Brazil, Minas Gerais – Foto AFP

10 maut hujan lebat di Tenggara Brazil

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam akibat hujan lebat di Tenggara Brazil, Minas Gerais dan lebih 13,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, lapor Xinhua.

Antara mangsa yang terbabit, sebuah keluarga yang menaiki kereta di ibu kota wilayah metropolitan Belo Horizonte di sini.

Kejadian tanah runtuh menimbus kereta mangsa yang juga sepasang suami isteri, anak mereka berusia tiga dan enam tahun serta seorang lagi saudara.

Hujan lebat sejak hujung minggu lalu, menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh.

Sebanyak 145 daripada 853 pihak berkuasa tempatan di negeri itu menetapkan situasi kecemasan, manakala lebih 17,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Beberapa sungai di negeri Minas Gerais melimpah akibat hujan lebat, selain ancaman bahaya bahawa beberapa empangan mungkin melimpah.

Sejak awal musim hujan pada Oktober lalu, sekurang-kurang 19 orang terbunuh di negeri berkenaan. – BERNAMA

10 maut hujan lebat di Tenggara Brazil


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply