Suspek bunuh akademik Palestin mengaku dilatih Israel - EDISI SIASAT

Suspek bunuh akademik Palestin mengaku dilatih Israel

Read Time:1 Minute, 32 Second
Suspek bunuh akademik Palestin mengaku dilatih Israel
Gambar lakaran wajah suspek pembunuhan Dr Fadi Mohammed al-Batsh yang diedarkan pada 2018. – Foto AGENSI

Suspek bunuh akademik Palestin mengaku dilatih Israel

GAZA: Seorang suspek yang ditahan berhubung pembunuhan ahli akademik Palestin, Dr Fadi Mohammed al-Batsh, di Malaysia mengaku dilatih agensi risikan Israel, Mossad.

Agensi berita Anadoulu melaporkan, perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin, Iyad al-Buzom, dalam satu sidang media semalam.

Pada April 2018, Dr Fadi, yang juga seorang jurutera penyelidik dipercayai ada kaitan dengan Hamas, ditembak mati berhampiran rumahnya di Kuala Lumpur oleh dua lelaki bersenjata.

Walaupun keluarganya menuduh agensi perisik Israel, Mossad, mendalangi pembunuhan itu, Menteri Pertahanan Israel ketika itu, Avigdor Lieberman, menafikan pembabitan Israel.

Media Israel mendakwa Dr Fadi adalah seorang jurutera Hamas dan pakar pembuatan dron, sekali gus memperkukuhkan kemungkinan Mossad turut berperanan dalam kematiannya.

Israel dipercayai membunuh ramai aktivis Palestin dengan menggunakan khidmat ejen perisikan Mossad, kebanyakannya di luar negara.

Sebelum ini pada 1997, ejen Mossad cuba membunuh ketua politik Hamas, Khaled Meshaal, di Jordan dengan menyembur racun ke telinganya tetapi gagal.

Mossad juga dipercayai bertanggungjawab dalam pembunuhan komander tertinggi Hamas, Mahmud al-Mabhuh, di sebuah hotel di Dubai pada 2010. – AGENSI

Suspek bunuh akademik Palestin mengaku dilatih Israel


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply