Rangnick lega United lepasi halangan - EDISI SIASAT

Rangnick lega United lepasi halangan

Read Time:1 Minute, 30 Second
Rangnick lega United lepasi halangan
Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick selepas pertemuan pusingan ketiga Piala FA menentang Aston Villa di Old Trafford. – AFP

Rangnick lega United lepasi halangan

MANCHESTER, United Kingdom: Ralf Rangnick mengakui Manchester United jauh daripada sempurna walaupun menang 1-0 mengatasi Aston Villa untuk mara ke pusingan keempat Piala FA.

Scott McTominay menanduk masuk gol tunggal perlawanan selepas hanya lapan minit namun Villa gagal mengggunakan banyak peluang dan kecewa dengan keputusan VAR berkaitan gol penyamaan Danny Ings pada babak kedua.

Pengurus sementara, Rangnick terdesak untuk membalas berikutan keadaan tidak tenteram di kem United selepas persembahan longlai tewas 1-0 di laman sendiri berdepan Wolves sebelum ini.

Satu daripada keputusan perlu diambil pengendali Jerman itu ialah Cristiano Ronaldo tidak cergas untuk bermain.

Bagaimanapun tidak banyak perubahan dilihat dalam aspek persembahan mereka walaupun mara ke pusingan keempat dan akan menanti kehadiran Middlesbrough.

“Untuk mengatakan ia adalah perlawanan sempurna, tiada siapa akan percaya. Sudah tentu ia tidak,” kata Rangnick.

“Ada beberapa perkara yang kami boleh perbaiki, tapi tanpa bolos adalah penting hari ini dan kami bekerjasama. Masih banyak perlu diperbaiki tetapi ia mudah dilakukan dengan kemenangan 1-0 ini.” – AFP

Rangnick lega United lepasi halangan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply