Perlantikan Azam: Kenapa Mahiaddin Menggelabah Puyoh? - EDISI SIASAT

Perlantikan Azam: Kenapa Mahiaddin Menggelabah Puyoh?

Read Time:1 Minute, 39 Second

Perlantikan Azam Baki: Kenapa Mahiaddin Menggelabah Puyoh?

Perlantikan Azam: Kenapa Mahiaddin Menggelabah Puyoh?

Isu perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, kini menjadi semakin hangat.

Isu ini mula ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, yang juga Penasihat Khas Undang Undang PM, Azalina Othman.

Azalina sekadar bertanya, sudahkah Mahiaddin selaku Perdana Menteri membuat semakan ke atas latarbelakang Azam sebelum perlantikan dilakukan.

Asas kepada pertanyaan Azalina, mungkin kerana Mahiaddin pernah mendakwa semua menteri dan timbalan menteri kabinet beliau telah disaring.

Jadi, selain Azalina, rakyat juga mahu tahu, apakah Mahiaddin sudah arahkan supaya saringan dilakukan ke atas Azam Baki sebelum dilantik?

Ianya penting kerana jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah jawatan teratas dalam agensi penguatkuasaan membenteras rasuah.

Mahiaddin Cuba Heret Istana Untuk Cuci Tangan

Dari kenyataan Mahiaddin di atas, jelas sekali beliau cuba cuci tangan dalam isu perlantikan Azam Baki.

Malah, Mahiaddin cuba mengheret dan letakkan tanggungjawab perlantikan Azam Baki kepada Istana Negara.

Kita semua tahu, kuasa perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah kuasa SPB YDP Agong.

Tetapi seperti peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, segala keputusan YDP Agong mestilah berdandarkan kepada nasihat Perdana Menteri.

Hanya Perdana Menteri yang mempunyai hak untuk menasihati YDP Agong.

Perlantikan Azam: Kenapa Mahiaddin Menggelabah Puyoh?

Jadi jelas di sini, Perdana Menteri ketika itu ialah Mahiaddin dan beliaulah yang menasihati YDP Agong supaya melantik Azam Baki.

Mahiaddin juga cuba melibatkan Ketua Setiausaha Negara ketika itu dan mengatakan semua proses perlantikan adalah sah.

Masalahnya, tidak ada siapa yang pertikaikan proses perlantikan.

Kita cuma hendak tahu sama ada sudah dilakukan semakan latarbelakang atau tidak sebelum beliau menasihati YDP Agong.

Jadi jawab sajalah, sama ada semakan ada dilakukan atau tidak.

Yang menggelabah puyoh sangat tu dah kenapa?

Ada sesuatu yang tersembunyi atau cuba disembunyikan ker?

 

Perlantikan Azam Baki: Kenapa Mahiaddin Menggelabah Puyoh?

 

Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman

Share

Leave a Reply