Penghantar makanan maut - EDISI SIASAT

Penghantar makanan maut

Read Time:1 Minute, 33 Second
Penghantar makanan maut
Anggota polis menyiasat kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, hari ini. – Foto NSTP/ROSLI ILHAM

Penghantar makanan maut

DUNGUN: Seorang pemuda maut selepas kereta PERODUA Myvi dipandunya bertembung kereta lain di di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Air Hitam, Paka, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah, berkata Mohamad Haszariza Sulong, 26, maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Katanya, kereta mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan.

“Kes disiasat disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Y ahya Maani yang keretanya bertembung dengan kenderaan mangsa berkata, kereta Mohamad Haszariza memasuk laluannya dan dia tidak sempat mengelak.

“Selepas pertembungan kuat itu, saya keluar untuk membantu mangsa dan mangsa sedang nazak. Orang ramai sempat membantu mengajarnya mengucap sebelum meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu rakan mangsa, Shahzreen Shamsuddin, 27, berkata arwah yang bekerja sebagai penghantar makanan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Setiu.

“Saya dan arwah berkawan sejak 11 tahun lalu. Dia datang ke rumah saya di Kijal, Kemaman dan tidur beberapa malam di rumah.

“Arwah juga mengatakan hendak berehat bebrapa hari di rumah saya kerana sering sibuk dengan urusan menghantar pesanan,” katanya.

Penghantar makanan maut


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply