NATASHA HUDSON TAMPIL 'FREEHAIR'? - EDISI SIASAT

NATASHA HUDSON TAMPIL ‘FREEHAIR’?

Read Time:1 Minute, 31 Second

NATASHA HUDSON TAMPIL ‘FREEHAIR’?

Menerusi muat naik di laman Instagram, penampilan terbaharu pelakon Natasha Hudson tidak berhijab telah mengejutkan banyak pihak, terutama peminat kerana sebelum ini berhijab, bahkan pernah berniqab sekitar 2016.

Pelakon itu tampil dengan imej tidak berniqab selepas mendapat keizinan untuk membuka niqab daripada suami keempatnya, Noor Nashriq Sekarnor.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, memuat naik gambar dan video sedang menjalani aktiviti luncur air di Kuantan, Pahang.

Malah, Natasha dilihat tampil dengan imej tanpa hijab ketika hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan baru-baru ini.


Dalam satu lagi hantaran gambar dan video yang dimuat naik hari ini pula, aktres filem ‘Chermin’ itu hanya dilihat memakai baju-T berwarna putih dan topi berwarna hitam sedang menikmati keindahan pantai di Langkawi.

Bagaimanapun, pihak Natasha sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung imej terbaharunya itu, malah ruangan komen Instagramnya turut ditutup.

Terdahulu pada Januari tahun lalu, Natasha turut mencetuskan kontroversi apabila mengenakan busana yang tidak selari dengan imej seorang muslimah dalam sebuah majlis pelancaran produk kacantikan.

Dalam acara tersebut, Natasha bukan sahaja menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu tetapi turut mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya.

NATASHA HUDSON TAMPIL ‘FREEHAIR’?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply