Mazlan sokong syor wujudkan semula Rakan Sukan - EDISI SIASAT

Mazlan sokong syor wujudkan semula Rakan Sukan

Read Time:2 Minute, 55 Second

Mazlan sokong syor wujudkan semula Rakan Sukan

Mazlan sokong syor wujudkan semula Rakan Sukan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad bersetuju sekiranya Program Rakan Sukan diwujudkan semula sebagai langkah bagi mengatasi masalah kekurangan peruntukan kewangan daripada kerajaan ketika ini.

Katanya, program berkenaan dilihat mampu mengurangkan kebergantungan persatuan sukan kebangsaan terhadap peruntukan daripada kerajaan khususnya MSN.

“Namun, kita perlu kenal pasti apa punca program berkenaan terhenti sebelum ini. Jika ada kelemahan, kita perlu perbaiki terlebih dahulu kerana kita mahu program ini berterusan untuk tempoh yang panjang.

“Untuk meyakinkan syarikat swasta tampil sebagai penaja kepada persatuan sukan kebangsaan, bukan sesuatu yang mudah. Kena ada ‘win-win situation (situasi menang-menang) untuk kedua-dua pihak.

“Dulu ketika ia dilancarkan, ia adalah program yang sangat baik dan membantu mengurangkan beban kerajaan apabila syarikat swasta tampil sebagai penaja persatuan sukan kebangsaan. Saya bersetuju sekiranya program ini dihidupkan semula tetapi perlu dengan perancangan yang rapi,” katanya kepada BH Sukan.

BH Sukan hari ini melaporkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MSN bekerjasama dengan badan induk itu bagi mewujudkan semula Program Rakan Sukan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengatasi masalah pengurangan peruntukan kewangan yang dialami ketika ini.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata ia penting terutama dalam mengatasi masalah pembayaran elaun latihan bulanan atlet pada tahun ini yang dianggap tidak wajar apabila menyaksikan pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA/Para ASEAN menerima RM800 sebulan.

Program Rakan Sukan diilhamkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Ghani Othman, dan dilancarkan pada 1 Ogos 1994.

Program lima tahun itu bertujuan menyatukan tenaga, kepakaran dan sumber kewangan, terutama dari syarikat korporat dan persatuan sukan, bagi mencungkil bakat-bakat baru serta meningkatkan prestasi sukan negara.

Sebanyak 28 sektor korporat serta 27 persatuan sukan kebangsaan bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM18.65 juta setahun.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjadi penerima terbesar apabila disalurkan dana RM4 juta oleh rakan sukannya, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), manakala persatuan sukan lain, rata-rata menerima RM1 juta setahun.

Sebagai galakan, syarikat korporat terbabit pula diberi status pengecualian cukai oleh Kementerian Kewangan.

Dalam masa yang sama, Mazlan menggesa persatuan sukan kebangsaan untuk memainkan peranan yang lebih efektif dengan mencari penaja sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan daripada MSN.

“Dulu sebelum saya bersama MSN, ketika aktif dalam persatuan sukan, kami sendiri yang mencari penaja bukan mengharapkan sepenuhnya MSN. Kerajaan dan MSN ketika itu tidak memberikan peruntukan yang banyak.

“Namun, apabila kerajaan sudah mula aktif dalam sukan, persatuan mengharapkan sepenuhnya daripada kerajaan. Itulah kelemahan yang saya nampak sekarang ini, persatuan mahu kerja senang saja.

“FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) patut jadi contoh kerana mereka tidak mengharapkan bantuan MSN,” katanya yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)

Mazlan sokong syor wujudkan semula Rakan Sukan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply