KOMPOSER LAGU 'DIARI HATIMU' TERIMA RAWATAN KANSER PROSTAT & TULANG - EDISI SIASAT

KOMPOSER LAGU ‘DIARI HATIMU’ TERIMA RAWATAN KANSER PROSTAT & TULANG

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOMPOSER LAGU ‘DIARI HATIMU’ TERIMA RAWATAN KANSER PROSTAT & TULANG

Pencipta lagu Diari Hatimu yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Ferdy Ferdian Khalid NS memberitahu yang dia sudah seminggu terlantar di Hospital Tuanku Aminah (HTA) Johor Bahru bagi menerima rawatan akibat kanser prostat dan tulang.

“Kedua-dua belah kaki saya sekarang tak boleh bergerak lagi dan hanya mampu terbaring saja. Saya hidap kanser prostat hingga melarat ke tulang dan itu sebabnya kedua-dua belah kaki turut menerima kesannya. Tapi, saya sekarang turut menjalani rawatan kanser tulang,” katanya kepada Harian Metro.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, Khalid atau nama sebenarnya Jahi Hasim, 71, pernah diserang sakit jantung dan terpaksa dipasang dua ‘spring’ di bahagian jantungnya.

Nama Khalid mula menyerlah apabila lagu ‘Diari Hatimu’ yang berentak balada dimuatkan dalam album Adiwarna Siti Nurhaliza pada 1998 itu berjaya menjadi single kedua dan meletup di kalangan pendengar.

Terdahulu, dia juga turut mempunyai produksi rakaman menerusi label Irama Perindu yang banyak mengendalikan karier artis-artis dari Johor.

Selain aktif dalam perniagaan muzik, Khalid turut membuka kedai urutan kesihatan dan butik pakaian. Bagaimanapun, penularan pandemik Covid-19 turut memberi kesan terhadap perniagaannya.

“Kedai yang besar sudah ditutup kerana tiada pekerja mengendalikannya. Kini, hanya tinggal kedai kecil seperti NS Tradisional di Larkin dan di Giant Ekstra, Taman Suria kerana ada pekerja yang masih uruskan,” katanya.

KOMPOSER LAGU ‘DIARI HATIMU’ TERIMA RAWATAN KANSER PROSTAT & TULANG


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply