KES DADAH: NIEZAM ZAIDI MENGAKU BERSALAH - EDISI SIASAT

KES DADAH: NIEZAM ZAIDI MENGAKU BERSALAH

Read Time:2 Minute, 18 Second

KES DADAH: NIEZAM ZAIDI MENGAKU BERSALAH, DIDENDA RM4,000 ATAU 10 BULAN PENJARA

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, pelakon Niezam Zaidi didenda RM4,000 atau penjara 10 bulan atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan, Oktober tahun lalu.

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari turut memerintahkan Niezam atau nama sebenar Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 30, menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun.

Berdasarkan pertuduhan pindaan yang dibacakan hari ini, Niezam didakwa ada dalam milikannya 0.6 gram (g) dadah jenis kanabis di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri, di sini, kira-kira 7.10 pagi 10 Oktober 2021 iaitu kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dia turut dituduh mengikut Seksyen 15 (1) ADB kerana memasukkan dadah ke dalam diri sendiri iaitu dadah berbahaya jenis THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar kira-kira jam 9.50 pagi pada tarikh sama.

Bagi kesalahan memiliki dadah, mahkamah menjatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda manakala untuk kesalahan penyalahgunaan dadah, Mohd Shazmeer menetapkan jumlah denda RM2,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda, selain menetapkan tempoh pengawasan terhadap Niezam.

Sementara itu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman denda RM3,800 kepada pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 50, dan RM4,000 kepada penolongnya, Saiful Zaidrin Ismail, 47, selepas mereka turut mengaku bersalah masing-masing atas dua tuduhan iaitu memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret memerintahkan Mohd Latiff yang didakwa mengikut Seksyen 6 ADB kerana memiliki 0.2 gram kanabis didenda RM1,800 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan itu, selain denda RM2,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda serta tiga tahun tempoh pengawasan bagi kesalahan memasukkan dadah THC ke badan.

Bagi Saiful Zaidrin, Mohd Shazmeer menetapkan denda RM2,000 atau penjara lima bulan jika denda gagal dibayar bagi kesalahan memiliki 0.03 gram dadah methamphetamine iaitu mengikut Seksyen 12(2) ADB, selain denda RM2,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda serta dua tahun tempoh pengawasan bagi kesalahan memasukkan dadah methamphetamine ke badan.

KES DADAH: NIEZAM ZAIDI MENGAKU BERSALAH, DIDENDA RM4,000 ATAU 10 BULAN PENJARA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

Share

Leave a Reply