Hartawan pembunuh, Robert Durst meninggal dunia - EDISI SIASAT

Hartawan pembunuh, Robert Durst meninggal dunia

Read Time:1 Minute, 42 Second
Hartawan pembunuh, Robert Durst meninggal dunia
Robert Durst. – Foto AGENSI

Hartawan pembunuh, Robert Durst meninggal dunia

LOS ANGELES: Pewaris hartanah dan pembunuh yang disabit bersalah, Robert Durst, meninggal dunia di penjara California, semalam.

Peguam, Chip Lewis, berkata lelaki 78 tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami isu berkaitan perubatan yang turut berulang kali dimaklumkan kepada mahkamah dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Durst disabit bersalah tahun lalu atas pertuduhan melepaskan tembakan terhadap rakannya, Susan Berman, pada Disember 2020, di kediaman milik wanita terbabit dekat Los Angeles.

Pihak pendakwa berkata, suspek bertindak membunuh Berman bagi menghalang wanita itu membantu siasatan polis yang bakal mendapati Durst bersalah terhadap kehilangan isteri pertamanya, Kathleen Durst, 18 tahun lalu.

Isteri Durst berusia 29 tahun ketika dilaporkan hilang dan jasadnya tidak pernah dijumpai.

Durst hanya didakwa atas pertuduhan membunuh pada Oktober tahun lalu.

Beliau adalah subjek dokumentari HBO berjudul: “The Jinx: The Life and Deaths of Robert Durst.”

Dalam episod terakhir, Durst dikatakan berbisik sendirian, “Pastinya, bunuh mereka semua” – tanpa menyedari bahawa mikrofon yang dipakainya sedang terpasang ketika dia berada di bilik rehat.

Siri dokumentari itu turut memaparkan insiden kematian pada 2001 dan tragedi pembunuhan ngeri, membabitkan jiran Durst di Texas, Morris Black.

Durst mendakwa bahawa membunuh itu sebagai tindakan mempertahankan dirinya dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Durst adalah cucu kepada pengasas firma hartanah terbesar di Manhattan.

Nilai kekayaan Durst dianggar berjumlah sekitar AS$100 juta (RM420.01 juta). – AFP

Hartawan pembunuh, Robert Durst meninggal dunia


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

 

Share

Leave a Reply