Djokovic kekal fokus sertai Terbuka Australia - EDISI SIASAT

Djokovic kekal fokus sertai Terbuka Australia

Read Time:1 Minute, 21 Second
Djokovic kekal fokus sertai Terbuka Australia
Penyokong Novak Djokovic berkumpul di pejabat peguam pemain itu ketika proses mahkamah berlangsung dekat Melbourne, Australia. – REUTERS

Djokovic kekal fokus sertai Terbuka Australia

MELBOURNE: Bintang tenis, Novak Djokovic berkata semalam dia masih berharap dapat beraksi pada Terbuka Australia selepas menang ‘pertarungan visa’ menentang kerajaan Australia.

Hakim di Melbourne menukar keputusan membatalkan visa Djokovic berdasarkan latar belakang COVID-19 dan menamatkan penahanan pemain tidak divaksin itu yang mungkin memberi laluan baginya bermain dalam kejohanan bermula Isnin depan.

Penganjur kejohanan tenis lelaki, ATP, membalas dengan berkata: “Beberapa peristiwa yang membawa kepada proses mahkamah pada Isnin merosakkan banyak perkara termasuk kesihatan Novak serta persiapan ke Terbuka Australia.”

Ibunya, Dijana, yang bercakap kepada wartawan di Belgrade, menganggap ia adalah “kejayaan terbesar dalam karier pemain itu, lebih besar berbanding semua grand slam pernah dimenanginya.”

Djokovic menerusi twitter dari Melbourne berkata: “Selepas semua yang berlaku, saya mahu kekal di sini dan cuba bersaing di @AustralianOpen. Saya kekal fokus terhadapnya.” – AFP

Djokovic kekal fokus sertai Terbuka Australia


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply