Coutinho lengkapkan perpindahan ke Villa - EDISI SIASAT

Coutinho lengkapkan perpindahan ke Villa

Read Time:1 Minute, 17 Second
Coutinho lengkapkan perpindahan ke Villa
Philippe Coutinho (kanan) pernah beraksi bersama Steven Gerrard di Liverpool dan kini berpindah secara pinjaman ke Aston Villa. – REUTERS

Coutinho lengkapkan perpindahan ke Villa

LONDON: Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard melabelkan Philippe Coutinho “tidak ternilai” selepas bintang Brazil itu melengkapkan ujian perubatan menjelang perpindahan secara pinjaman dari Barcelona.

Villa mengesahkan bahawa Coutinho lulus ujian perubatan dan berada di Perancis sambil menantikan permit kerja.

Pemain berusia 29 tahun itu dijangka akan menyertai rakan sepasukan baharunya di pusat latihan Villa dekat Bodymoor Heath esok.

“Kehadirannya akan menjadi tidak ternilai, melihat kepada kecederaan dan kejohanan AFCON yang mengurangkan pilihan di bahagian serangan kami,” kata Gerrard di laman sesawang Villa.

“Saya gembira bermain di sampingnya sebelum ini dan saya tahu keseluruhan skuad di Aston Villa beruntung memiliki kualiti dan pengalamannya.”

Villa menandatangani Coutinho secara pinjaman untuk keseluruhan musim dan ada pilihan untuk membelinya pada musim panas. – AFP

Coutinho lengkapkan perpindahan ke Villa


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply