Bot karam, Maritim Malaysia selamatkan pensyarah, kru Filipina - EDISI SIASAT

Bot karam, Maritim Malaysia selamatkan pensyarah, kru Filipina

Read Time:2 Minute, 15 Second
Bot karam, Maritim Malaysia selamatkan pensyarah, kru Filipina
Seramai 15 warga Filipina diselamatkan Maritim Malaysia selepas bot dinaiki mereka karam dan dihanyutkan ke perairan Malaysia. – Foto NSTP/Hazsyah Abdul Rahman

Bot karam, Maritim Malaysia selamatkan pensyarah, kru Filipina

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyelamatkan 15 warga Filipina termasuk tujuh pensyarah selepas bot kumpit dinaiki mereka rosak dan karam sebelum dihanyutkan ke perairan negara.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Ahmad Firdaus Shaari, berkata 15 individu berkenaan dalam perjalanan dari Bongao menuju ke Pulau Taganak, Filipina pada 6 Januari lalu untuk menyertai program.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan bot kumpit Dayang Jubaira yang digunakan warga Filipina itu rosak dan bocor.

“Kerosakan itu tidak dapat dibaiki dan bot ini hanyut dan bocor di perairan berhampiran Kinabatangan.

“Pihak kami kemudiannya menerima panggilan kecemasan untuk mengesan dan menyelamatkan mangsa daripada pasukan keselamatan Filipina pada 8 Januari.

“Syukur Alhamdulillah, semua mangsa berjaya dikesan pada hari sama terdampar di pantai Kinabatangan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Menurutnya, bot mangsa yang rosak dibawa arus ke pesisiran dan masuk ke perairan Malaysia.

“Pihak kami dengan bantuan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama (ATB), polis dapat menyelamatkan 15 orang mangsa berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia Sandakan.

“Mereka menjalani ujian COVID-19 dan semuanya didapati negatif sebelum diserahkan semula kepada pasukan keselamatan Filipina pada Isnin.

“Penyerahan dilakukan di sempadan perairan Malaysia dengan Filipina berdekatan Pulau Taganak semalam,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang juga seorang pensyarah, Karanahar A Mayan, 41 tahun, berkata, ketika kejadian mereka sangat bimbang dan risau.

“Bot kami rosak dan tidak dapat dibaiki. Kami kemudiannya tertidur semalaman dalam bot dan dihanyutkan ombak.

“Apabila tersedar kami masih berada di lautan. Pada hari kedua, kami kemudiannya terdampar di sebuah pantai dan kami turun ke pantai.

“Kami sempat meminta makanan daripada beberapa nelayan di situ kerana kami tidak mempunyai makanan,” katanya.

Katanya, mereka gembira dan bersyukur diselamatkan pasukan Maritim Malaysia.

“Sepanjang berada di pejabat Maritim Malaysia kami dilayan dengan sangat baik dan diberikan bantuan makanan secukupnya,” katanya.

Bot karam, Maritim Malaysia selamatkan pensyarah, kru Filipina


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply