Bayi hilang ketika huru-hara Afghanistan dikembalikan kepada keluarga - EDISI SIASAT

Bayi hilang ketika huru-hara Afghanistan dikembalikan kepada keluarga

Read Time:2 Minute, 6 Second
Bayi hilang ketika huru-hara Afghanistan dikembalikan kepada keluarga
HAMID Safi (kanan) mencium Sohail Ahmadi yang terpisah daripada ibu bapanya di lapangan terbang ketika kekecohan pengunduran tentera AS dari Afghanistan pada 19 Ogos tahun lalu. – Foto AFP

Bayi hilang ketika huru-hara Afghanistan dikembalikan kepada keluarga

KABUL: Seorang bayi lelaki Afghanistan yang hilang selepas diserahkan kepada tentera Amerika Syarikat (AS) di tembok lapangan terbang di sini selamat dikembalikan semula ke pangkuan keluarga kandungnya, Sabtu lalu.

Sohail Ahmadi berusia dua bulan ketika dilaporkan hilang ketika rakyat Afghanistan yang terdesak mahu melarikan diri dari negara itu, bersesak-sesak di kawasan lapangan terbang di sini pada 19 Ogos tahun lalu.

Bapa bayi itu yang juga pengawal kedutaan AS, Mirza Ali Ahmadi, isterinya, Suraya dan empat lagi anak pasangan itu sempat memasuki lapangan terbang Kabul bagi melarikan diri dari Afghanistan ketika ia jatuh ke tangan Taliban.

Ketika kejadian, bayi itu diserahkan kepada tentera AS untuk melepasi tembok lapangan terbang.

Namun, selepas berjaya memasuki kawasan lapangan terbang, keluarganya gagal menemui bayi itu.

Media melaporkan Sohail ditemui Hamid Safi, seorang pemandu teksi berusia 29 tahun yang tinggal di Kabul.

Hamid menemui Sohail di lapangan terbang dan membawanya pulang untuk membesarkan kanak-kanak itu.

Hamid pada mulanya dikatakan enggan menyerahkan kembali kanak-kanak itu.

“Saya menjaga bayi ini. Jika keluarganya ditemui, saya akan berikannya kepada mereka. Jika tidak, saya akan membesarkannya sendiri,” katanya kepada Reuters pada November.

Selepas berminggu-minggu rundingan dan bantuan daripada Palang Merah, Safi akhirnya mengalah dan menyerahkan bayi itu kepada datuk bayi itu.

Dalam pada itu, Ahmadi, isterinya, Suraya dan anak mereka yang lain kini berpindah dari sebuah pangkalan tentera di AS ke pangsapuri di Michigan.

Mereka kini masih menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu dan tidak sabar menantikan untuk bertemu dengan Sohail.

“Sekarang saya harap dia (Sohail) tiba di sini (AS) dengan selamat. Semalam, saya tidak dapat tidur kerana terlalu gembira,” katanya. – REUTERS

Bayi hilang ketika huru-hara Afghanistan dikembalikan kepada keluarga


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply