Atlet digugur boleh guna kemudahan MSN, ISN - EDISI SIASAT

Atlet digugur boleh guna kemudahan MSN, ISN

Read Time:2 Minute, 24 Second
Atlet digugur boleh guna kemudahan MSN, ISN
Gambar fail – Pengarah Bahagian Persediaan Atlet MSN, Jefri Ngadirin. – Foto NSTP

Atlet digugur boleh guna kemudahan MSN, ISN

KUALA LUMPUR: Atlet digugurkan daripada program latihan kebangsaan baru-baru ini, masih berpeluang menggunakan kemudahan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) ketika latihan berfasa selama enam minggu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata pihaknya sedang mengadakan bengkel bersama persatuan sukan kebangsaan (NSA) untuk membincangkan tarikh sesuai melaksanakan latihan itu dan perancangan untuk menganjurkan beberapa kejohanan domestik bagi memberi atlet peluang melayakkan diri ke Sukan SEA.

“Kita akan menentukan perincian mengenai latihan berfasa dan kejohanan yang bakal dianjurkan dalam tempoh seminggu ini. Sekiranya atlet berjaya layak ke Sukan SEA, mereka akan diserap ke dalam program.

“Apabila mereka berjaya melepasi had kelayakan ke Sukan SEA, iaitu catatan pingat gangsa pada edisi terdahulu, mereka boleh terus mendapat akses kepada kemudahan yang disediakan selain layak menerima elaun,” katanya kepada Bernama.

“MSN juga akan menyediakan tempat tinggal, makanan dan kemudahan lain ketika latihan berfasa tersebut kepada semua atlet yang terlibat,”.

MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan dan hanya mengekalkan 293 atlet (248 normal, 45 para) bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan.

Mengulas mengenai pengurangan elaun, Jefri berkata ia bagi memastikan atlet terus berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka dengan mencatatkan pencapaian lebih baik pada kejohanan akan datang, berbanding pencapaian terdahulu.

“Kita tidak boleh ikut sentimen, kena ikut prestasi semasa. Sekiranya pemenang pingat perak Sukan SEA menerima RM800 sekarang, mereka layak mendapat RM2,000 jika menang emas di Sukan SEA akan datang (Mei) dan seterusnya meningkat ke RM4,500 sekiranya menang emas Sukan Komanwel atau Asia,” katanya.

Menurut penyelarasan semula elaun, pemenang pingat emas Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan menerima elaun RM2,000, manakala pingat perak dan gangsa menerima RM800, dan RM800 buat atlet senior dan RM500 buat atlet pelapis yang berada dalam program tetapi tidak meraih pingat.

Elaun latihan bagi atlet yang merangkul pingat Sukan Asia/Para Asia dan Sukan Komanwel pula adalah sama, yang menyaksikan pemenang emas menerima kadar elaun RM4,500 diikuti RM4,000 (perak) dan RM3,500 (gangsa).

Imbuhan RM7,500 bakal menanti pemenang emas Sukan Olimpik/Paralimpik diikuti RM7,000 (perak) dan RM6,000 (gangsa).

– BERNAMA

Atlet digugur boleh guna kemudahan MSN, ISN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply