3 ADUN sertai PBM, kerajaan Perak tidak terjejas - EDISI SIASAT

3 ADUN sertai PBM, kerajaan Perak tidak terjejas

Read Time:1 Minute, 55 Second
3 ADUN sertai PBM, kerajaan Perak tidak terjejas
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto fail NSTP

3 ADUN sertai PBM, kerajaan Perak tidak terjejas

IPOH: Keabsahan pentadbiran kerajaan Perak tidak terjejas, meskipun tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang bebas, menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata keutuhan pentadbiran kerajaan negeri kekal selagi mempunyai mandat menerusi jumlah kerusi mencukupi.

“Sekarang kita mempunyai 36 kerusi yang masih menyokong pentadbiran kerajaan negeri dan tiga ADUN lompat ke parti lain ini tidak menarik sokongan.

“Justeru, ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada keabsahan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah untuk kerja pembaikan Jalan Tambun, di sini, semalam.

150 sukarelawan PBM digerak bantu mangsa bah

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffry Cheah dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Media sebelum ini melaporkan dua ADUN BERSATU, iaitu A Sivasubramanian (Buntong) dan Paul Yong Choo Kiong (Tronoh), selain Leong Cheok Keng (Bebas-Malim Nawar), mengambil keputusan untuk menyertai PBM yang baru dilancarkan.

Susulan Mesyuarat Agung Luar Biasa PBM Sabtu lalu, Sivasubramaniam dan Choo Kiong, masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden serta Bendahari Agung, manakala Cheok Keng kini menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

Pada 19 Januari tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chien Jen, dilaporkan berkata Cheok Keng dipecat daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta memandangkan beliau menyertai MCA.

Dewan Undangan Negeri Perak kini terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, DAP (15), Parti Amanah Negara (lima), BERSATU (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan bebas (satu).

3 ADUN sertai PBM, kerajaan Perak tidak terjejas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

 

Share

Leave a Reply