Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi - EDISI SIASAT

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi

Read Time:1 Minute, 57 Second
Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi
Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran yang memusnahkan dua blok rumah kongsi di Lorong 7 Kunak Jaya tengah hari tadi.

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi

KUNAK: Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua blok rumah kongsi lapan pintu dekat Kunak Jaya Lorong 7 di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mayat mangsa, Suwardi Allu, 64, ditemui dalam keadaan rentung oleh anggota bomba pada jam 2.25 petang di sebuah bilik dalam blok rumah kongsi terbabit.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohammad Omar Batha, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari.

Beliau berkata, 14 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) serta pegawai penyiasat forensik dari Zon Tawau dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran membabitkan dua blok rumah kongsi dengan keluasan masing-masing antara 1600 hingga 2500 kaki persegi terbakar sepenuhnya.

“Operasi memadam kebakaran menghadapi sedikit kesukaran berikutan ketiadaan pili bomba di kawasan berkenaan.

Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua blok rumah
Anggota bomba mengalihkan mayat seorang warga emas yang ditemui rentung selepas kebakaran memusnahkan dua blok rumah kongsi di Lorong 7 Kunak Jaya, tengah hari tadi.

“Kami terpaksa menggunakan sumber air terbuka iaitu dari kolam berhampiran, selain menggunakan air dari tangki jentera dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tiga lagi blok rumah berhampiran,” katanya.

Mohammad Omar berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.07 petang sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.22 petang, dengan mayat mangsa diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan pihaknya.

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

Share

Leave a Reply