Tiada Keperluan Badan Bebas Siasat Azam Si Budak Kita - EDISI SIASAT

Tiada Keperluan Badan Bebas Siasat Azam Si Budak Kita

Read Time:2 Minute, 42 Second

Tiada Keperluan Badan Bebas Siasat Azam Si Budak Kita

Tiada Keperluan Siasat Azam Si Budak Kita

Perdana Menteri, Ismail Sabri umumkan kerajaan tidak akan tubuhkan badan bebas untuk siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Ismail berkata sistem yang ada ketika ini memadai untuk menjalankan siasatan tersebut.

Ismail Sabri menambah ketika ini SPRM sendiri mempunyai tatacara sendiri untuk mengendalikan kes tersebut.

Iaitu melalui siasatan dalaman Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Ismail menambah lagi, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan polis juga sedang menjalankan siasatan masing-masing.

Justeru proses tersebut wajar diberikan ruang.

Kenapa Ada Pihak Mahu Supaya Azam Baki Di Dakwa?

Bagi Edisi Siasat, skandal Azam Baki sebenarnya hanyalah satu jalan cerita di mana kawan makan kawan.

Azam Baki dijadikan kambing hitam oleh pihak pertama untuk digantikan dengan ‘budak kita’ supaya ‘budak kita’ boleh menyelamatkan ‘anak kita’.

Jadi pihak yang hendak menyelamatkan ‘anak kita’, mendesak supaya kerajaan tubuhkan badan bebaslah.

Bawa skandal Azam Baki ke Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) lah.

Sebab itu, antara individu awal yang panaskan isu ini ialah bapa kepada ‘anak kita’ dan peguambela kepada ‘anak kita’.

Apabila Azam Baki dapat diganti dengan ‘budak kita’, maka ‘anak kita’ akan terselamat dalam kes ‘terowong kita’.

Kenapa Ada Pula Pihak Mahu Supaya Azam Baki Di Bersihkan?

Manakala pihak yang kedua pula tidak mahu kes ini dipanjangkan lagi.

Dalam artikata lain, hendak disapu ke bawah karpet.

Sebabnya kerana mereka tahu, sekiranya Azam Baki berterusan ditekan, beliau akan dedahkan semua maklumat skandal keluarga Zeti di dalam mahkamah nanti.

Jangan lupa, Mahkamah Tinggi sudah keluarkan sepina kepada Azam Baki untuk berikan kenyataan dalam kes 1MDB.

Apa akan jadi sekiranya Azam Baki dedahkan semua maklumat skandal keluarga Zeti dalam mahkamah, termasuk senarai nama yang dirasuah Goldman Sachs?

Musuh politik mereka DS Najib akan terlepas dari kedua-dua kes SRC dan 1MDB, walau pun sudah disabitkan kesalahan dalam kes SRC.

Lebih menakutkan mereka, nama mereka dan kroni mereka akan terdedah dan terbukti sebagai ‘the actual culprit’!!!

Jadi Azam mesti ‘dibersihkan’, sekurang-kurangnya sehingga beliau memberikan kenyataan di mahkamah.

Lagi pun, selama ini bukankah Azam Baki adalah ‘budak kita’ yang menjadi ‘puppet’ kepada ‘atok kita’!!!

Jadi, pihak yang kedua desak kerajaan supaya ‘tidak campurtangan’.

‘Tidak campurtangan’ dengan ketepikan sanggahan semua Ahli Panel LPPR tentang apa yang dikatakan oleh Pengerusi LPPR.

Tujuan mereka supaya Azam tidak dedahkan apa-apa yang akan mengancam mereka.

Lalu pihak kedua sanggup melihat ‘anak kita’ disabitkan kesalahan, asalkan mereka selamat.

Ingat!!! Negara Ini Bukan Milik ‘Budak Kita’ Atau ‘Anak Kita’!!!

Sekarang ini, pilihan di tangan Ismail Sabri.

Sama ada ‘tidak campurtangan’ untuk puaskan hati pihak kedua dan ketepikan kedaulatan undang-undang.

Atau ‘campurtangan’ untuk bersihkan semua najis dan kekotoran yang ada dalam pentadbiran kerajaan.

Benar, SPRM mempunyai LPPR untuk buat siasatan dalaman.

Tetapi, bukankah LPPR sendiri yang cadangkan supaya ditubuhkan badan bebas ditubuhkan untuk siasat skandal Azam Baki?

Benar, PDRM juga sedang lakukan siasatan, tetapi apakah tidak ada ‘budak kita’ yang telah diletakkan dalam PDRM?

Harap Ismail Sabri buat pertimbangan dan keputusan yang betul kerana pengundi sedang memerhati!!!

 

Tiada Keperluan Badan Bebas Siasat Azam Si Budak Kita

 

Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman 

Share

Leave a Reply