Sekurang-kurangnya 19 maut dalam kebakaran pangsapuri - EDISI SIASAT

Sekurang-kurangnya 19 maut dalam kebakaran pangsapuri

Read Time:2 Minute, 40 Second
Sekurang-kurangnya 19 maut dalam kebakaran pangsapuri
Anggota bomba dan kecemasan berada di lokasi kejadian kebakaran di sebuah bangunan kediaman 19 tingkat di New York City. – Foto AFP

Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila kebakaran

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila kebakaran memusnahkan sebuah bangunan pangsapuri di New York City semalam, menurut Datuk Bandar, dalam insiden kebakaran kediaman terburuk di Amerika Syarikat (AS).

New York Times dan CNN yang memetik sumber pegawai tidak dinamakan sebagai berkata, sembilan kanak-kanak juga antara yang maut.

“Kami mengetahui 19 mangsa disahkan maut, sementara beberapa yang lain dalam keadaan kritikal. Ini bakal menjadi salah satu kebakaran terburuk dalam sejarah kita,” kata Datuk Bandar, Eric Adams kepada CNN, sambil menambah 63 mangsa cedera.

Sekurang-kurangnya 200 anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran, yang berlaku pada awal pagi di tingkat dua dan tiga bangunan 19 tingkat di East 181st Street, beberapa blok di barat Zoo Bronx.

Kejiranan yang ditemui turut memaklumkan melihat penduduk melambai dari kediaman mereka, seolah-olah sedang terperangkap dan tidak dapat melarikan diri.

“Ia huru-hara. Saya berada di sini selama 15 tahun dan ini kali pertama saya melihat kejadian seumpama ini. Saya melihat asap, ramai orang panik. Kamu boleh lihat tiada siapa yang mahu terjun dari bangunan itu. Orang ramai melambai dari tingkap,” kata penduduk, George King, yang menetap di sebelah bangunan itu.

Punca kebakaran masih tidak dapat dipastikan setakat ini, dengan mereka yang cedera dibawa ke lima hospital, ramai yang mengalami serangan jantung dan pernafasan.

Kebakaran berlaku hanya empat hari selepas insiden sama di Philadelphia, yang mengorbankan 12 orang, termasuk lapan kanak-kanak, di sebuah bangunan perumahan awam tiga tingkat.

Di New York, terdapat kebimbangan mengenai peningkatan jumlah korban.

“Kali terakhir kami kehilangan nyawa yang mungkin mengerikan ini adalah kebakaran yang berlaku lebih 30 tahun lalu, juga di sini di Bronx,” kata Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York City, Daniel A Nigro, dipetik NBC News.

Nigro berkata, api cepat membakar sebahagian besar struktur itu, dengan asap sangat tebal yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Gambar dan video yang disiarkan di media sosial menunjukkan api dan asap hitam tebal berkepul-kepul keluar dari tingkap tingkat tiga bangunan bata itu ketika anggota bomba sedang menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Ini benar-benar satu tragedi. Ini benar-benar hari yang mengerikan bagi kami,” kata Adams, sambil menambah ramai penduduk sudah dipindahkan.

Pada Disember 2017, 13 terbunuh dalam kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di Bronx, kebakaran paling buruk di New York City dalam tempoh 25 tahun. – AFP

Sekurang-kurangnya 19 maut dalam kebakaran pangsapuri


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply