Ribuan warga Myanmar membanjiri Thailand - EDISI SIASAT

Ribuan warga Myanmar membanjiri Thailand

Read Time:2 Minute, 17 Second
Ribuan warga Myanmar membanjiri Thailand
Pelarian Myanmar mendirikan kem sementara di tebing Sungai Moei berdekatan Mae Sot di sempadan Thailand. – REUTERS

Ribuan warga Myanmar membanjiri Thailand

KANCHANABURI: Kesempitan hidup akibat krisis politik di Myanmar menyebabkan ribuan rakyatnya menyeberang ke Thailand bagi mendapatkan bantuan dan mencari peluang pekerjaan.

Tindakan mereka didorong oleh krisis ekonomi berkembar akibat pandemik COVID-19 dan kegawatan dicetuskan oleh rampasan kuasa tentera menggulingkan pemerintah demokratik, Aung San Suu Kyi.

Perjalanan selama dua hari dari Wilayah Tanintharyi di Myanmar membawa mereka melalui ladang jagung dan getah serta hutan tebal sebelum tiba ke sempadan, untuk memasuki wilayah Kanchanaburi, Thailand dengan bantuan penyeludup.

Di sana, mereka berdepan risiko ditangkap dan diproses segera untuk dihantar pulang oleh polis Thailand.

Dalam kes terbaru semalam, polis Kanchanaburi menahan 43 individu daripada dua kumpulan selepas mereka dikesan merentasi sempadan secara haram dari Myanmar ke Muang dan Sai Yok, Thailand.

Pasukan Petugas Surasee di bawah tentera bersama pasukan polis yang bertindak atas maklumat penduduk setempat, menemui 17 lelaki dan 13 wanita sedang merentas sempadan melalui terusan semula jadi di Ban Kao di daerah Muang, sekitar jam 8.30 pagi.

Satu lagi pasukan tentera dan polis menahan tujuh wanita serta enam lelaki di Bong Ti di daerah Sai Yok.

Hasil siasatan awal mendapati 43 individu itu bergerak ke Thailand dari Dawei, Yangon, Bago dan Mawlamyine, Myanmar.

Mereka yang ditahan memaklumkan membayar antara 17,000 hingga 22,000 baht (RM2,127 hingga RM2,753) kepada orang tengah, yang menjanjikan mereka pekerjaan di Samut Prakan, Samut Sakhon, Kanchanaburi, Ratchaburi dan Bankok.

Pendatang haram itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Kawalan sempadan Thailand diperketat sejak beberapa bulan lalu bagi mengekang pergerakan pendatang haram, yang berkemungkinan mencetus penularan COVID-19.

Sekurang-kurangnya 68,000 individu merentas sempadan secara haram ke Thailand, dengan kebanyakannya dari Myanmar, ditahan dari Januari hingga November tahun lalu, berdasarkan anggaran jaringan pembangunan buruh migran, Adisorn Kerdmongkol.

Jumlah individu ditahan setiap bulan meningkat kepada 10,870 pada November lalu ketika Thailand membuka semula sempadan untuk pelancong dan terus meningkat kepada 12,000 pada Disember. – AGENSI

Ribuan warga Myanmar membanjiri Thailand


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply