Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara - EDISI SIASAT

Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

Read Time:2 Minute, 0 Second

Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

Realitinya Najib Masih Di Perlukan Untuk Menerajui Negara

Melihat kepada tajuk, pasti Najib Haters akan menuduh Edisi Siasat terlalu taksub kepada DS Najib.

Betulkah begitu?

Sebenarnya kami di Edisi Siasat mahu mengajak pembaca melihat keadaan menerusi matahati dan bukannya emosi.

Benar, DS Najib sudah disabitkan kesalahan dengan salahguna kuasa, malah sudah Mahkamah Rayuan sudah menolak rayuan beliau.

Beliau cuma mempunyai satu lagi peluang di Mahkamah Persekutuan.

Juga memang benar sekarang DS Najib sedang hadapi satu lagi tuduhan di Mahkamah Tinggi dalam kes 1MDB.

Mengapa WCEF Memilih DS Najib Dan Bukannya Mahathir Atau Mahiaddin Atau Ismail Sabri?

Tetapi, pernahkah kita terfikir, walau pun disabit dengan kesalahan dan masih hadapi satu lagi kes, mengapa WCEF menjemput beliau untuk sampaikan ucaptama dalam forum tersebut?

WCEF dihadiri oleh delegasi perniagaan dari seluruh dunia.

Bukan menghina, tetapi mereka bukan berniaga goreng pisang di warung atau berniaga nasi lemak.

Mereka mempunyai empayer perniagaan yang boleh memberikan impak perniagaan di seluruh dunia.

Forum tersebut diikuti dengan teliti oleh seluruh dunia.

Sudah pasti, individu yang dapat penghormatan dari urusetia forum tersebut juga akan mendapat penghormatan dari pelabur-pelabur asing di dunia.

Bila ditanya wartawan mengapa DS Najib yang dijemput, mengapa bukan Dr Mahathir atau Mahiaddin atau Ismail Sabri?

Bukankah Ismail Sabri ialah Perdana Menteri sekarang dan Mahiaddin pula Pengerusi Majlis Pemulihan Negara?

Penganjur menjawab, pemilihan DS Najib tidak dibuat secara sendirian oleh penganjur tetapi telah mendapat persetujuan dari China juga.

Bagi WCEF, DS Najib adalah seorang pemimpin yang fasih ekonomi.

Beliau tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu disediakan untuk pelabur asing.

Mungkin ada yang akan katakan, selama 22 tahun Dr Mahathir memerintah, ekonomi Malaysia juga dipacu dengan baik.

Betul, tetapi realiti 22 bulan memerintah buat kali kedua, ekonomi Malaysia hancur ditangan Dr Mahathir.

Dan kita sedang berurusan dengan pelabur yang ada sekarang dan bukannya yang ada 20 tahun lepas.

Dan apakah selama 9 tahun pemerintahan DS Najib, ekonomi Malaysia tidak berada dalam keadaan baik?

Sekiranya DS Najib lepas dari kedua-dua kes yang sedang dihadapi, beliau mesti diberi sokongan dan kepercayaan untuk kembali menerajui negara.

Kerana ini bukan soal taksub atau benci DS Najib.

Tetapi ini soal bangun atau jatuhnya bangsa Malaysia di pentas dunia.

 

 

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman

Share

Leave a Reply