Perling BC laung amaran awal - EDISI SIASAT

Perling BC laung amaran awal

Read Time:2 Minute, 6 Second
Perling BC laung amaran awal
Aksi pemain Perling BC, Tania Nair.

Perling BC laung amaran awal

MELAKA: Persembahan bertenaga Kelab Badminton Perling (Perling BC) pada pusingan pertama Kejohanan Badminton AEON Credit Purple League Junior 2021-2022 (ACPLJ) membuahkan hasil apabila mereka berjaya menempah tiket ke pusingan akhir bulan depan.

Kelab dari Johor itu tidak berdepan masalah apabila berjaya meraih kemenangan bergaya 5-0 ke atas Mentakab BC dan Seremban City BC sekali gus mengetuai empat pasukan bawah 15 tahun (B15) terbaik dalam saingan selama dua hari di Smazh Premium Outlet, Melaka.

Perling BC akan diiringi oleh jiran mereka, Segamat Spiritual BC, Damansara BC dan kelab dari Sarawak, WCBF Sibu yang berjaya menjuarai kumpulan masing-masing.

Jurulatih Perling BC, Albert Lim berkata, dia berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sepanjang dua hari pertandingan.

“Saya tidak mahu terlalu yakin kerana kami belum berdepan dengan lawan yang lebih hebat daripada kami.

“Kami akan terus berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh bagi berdepan pasukan yang hebat pada pusingan akhir nanti. Kami perlu mara ke separuh akhir terlebih dahulu sebelum boleh memikirkan untuk ke final,” katanya.

Bagi pasangan beregu campuran Perling BC, Dania Sofea dan Tania Nair pula, mereka berharap rakan sepasukan yang lain untuk kekal fokus menjelang pusingan akhir itu.

“Kami berharap kami dapat mengekalkan momentum dan juga fokus untuk memberi yang terbaik pada pusingan akhir nanti,” kata Tania.

Pusingan pertama ACPLJ juga menyaksikan empat pasukan terbaik kategori B18 memastikan kemaraan mereka ke pusingan akhir.

Prestasi konsisten yang dipamerkan oleh Ampang Jaya BC memastikan slot mereka di pusingan akhir bersama-sama DSBC Labuan, Damansara BC serta Ayer Keroh Sports Centre (AKSC).

Aksi pusingan kedua ACPLJ akan disambung pada 15-16 Januari di Sixbase Sport Arena, Kampar dan 22-23 Januari di Tops Arena Empire, Cheras.

Empat pasukan terbaik setiap kategori pada setiap pusingan akan berentap di pusingan akhir pada 19 dan 20 Februari ini.

Perling BC laung amaran awal


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply