Peluncur udara patah bahu, tersangkut di pokok buluh - EDISI SIASAT

Peluncur udara patah bahu, tersangkut di pokok buluh

Read Time:1 Minute, 20 Second
Peluncur udara patah bahu, tersangkut di pokok buluh
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang tersangkut pada pokok buluh selepas hilang kawalan ketika melakukan aktiviti paragliding di Taman Tasek Permai, hari ini. – Foto ihsan bomba

Peluncur udara patah bahu, tersangkut di pokok buluh

PENGKALAN HULU: Seorang lelaki patah bahu kanan ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) dekat Taman Tasek Permai di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.53 tengah tadi, mangsa ditemui tersangkut pada pokok buluh sebelum diselamatkan anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melakukan luncur udara dan tersangkut pada pokok buluh menyebabkan mengalami kecederaan.

“Anggota bomba menurunkan mangsa dan memberikan rawatan awal melalui Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peluncur udara patah bahu, tersangkut di pokok buluh


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply