NORA AKUI ADA SEBAB KAHWIN SENYAP-SENYAP - EDISI SIASAT

NORA AKUI ADA SEBAB KAHWIN SENYAP-SENYAP

Read Time:1 Minute, 54 Second

NORA AKUI ADA SEBAB KAHWIN SENYAP-SENYAP

NORA AKUI ADA SEBAB KAHWIN SENYAP-SENYAP – “SAYA BUKAN BUAT DOSA ATAU MAKSIAT”

“Pertama sekali, kahwin senyap-senyap memang betul. Memang saya tak berniat nak beria-ia bercerita kepada umum sebab ini perkahwinan kedua dan itu hak saya untuk taknak kecohkan. Mengenai dakwaan yang menuduh saya sudah dua tahun berkahwin, rasanya memang tak benar. Yang penting, kami buat benda yang halal iaitu berkahwin dan ia bukan perkara tidak baik pun.

“Itu saya rasa kena tanya dia (suami) sendiri. Nanti kalau saya jawab, salah pula. Bagi saya ia sebenarnya tak penting pun. Yang penting saya bukan pergi buat dosa atau buat maksiat. Itu lebih penting. Kalau saya ditangkap khalwat lagi teruk kan. Kita tak nak tengok orang berkahwin, kita nak pula dia bercerai.

“Tak baik begitu,” jelas penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, yang sekali lagi menafikan segala tuduhan dan fitnah yang mendakwa dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Nora bagaimanapun mengakui majlis perkahwinannya bersama suami memang dibuat secara senyap dan tidak begitu digembar-gemburkan. Menjawab juga dakwaan berkenaan Rushdi sudah menceraikan isterinya, Nora meminta agar pihak Melodi bertanyakan sendiri kepada suaminya.

Ditanya juga sekiranya dia mengenali isteri pertama Rushdi, Nora berkata, dia mengenali semua orang dan hubungan mereka baik: “Saya kenal ramai orang dan saya baik dengan semua orang. Okey baik-baik saja, macam biasa kita sebagai sama-sama muslimah. Semua kenal sama sendiri,” ujarnya.

Sementara itu Dr Rushdi mengakui dia adalah kawan baik kepada Allahyarham Johan: “Mungkin hubungan saya dengan Datuk Nora sangat terbatas. Saya tak pernah berbual dengan dia, memang tiada. Jadi, mungkin apa yang dilalui ini semua ketentuan Allah SWT yang diluar jangkaan saya sendiri,” katanya.

NORA AKUI ADA SEBAB KAHWIN SENYAP-SENYAP


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply