Mangsa banjir di Johor susut - EDISI SIASAT

Mangsa banjir di Johor susut

Read Time:1 Minute, 39 Second
Mangsa banjir di Johor susut
Foto dirakamkan 9 Januari 2022 menunjukkan guru berganding bahu membersihkan Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, Segamat yang terjejas banjir. – Foto BERNAMA

Mangsa banjir di Johor susut

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penyusutan apabila 3,161 orang daripada 913 keluarga masih ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Berbanding jam 8 malam tadi, seramai 3,401 mangsa daripada 969 keluarga di 43 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Segamat semakin pulih apabila kini seramai 1,246 orang daripada 336 keluarga ditempatkan di 19 PPS, berbanding 1,448 mangsa daripada 383 keluarga di 22 PPS, malam tadi.

“Dua daerah yang turut mencatatkan penurunan adalah Tangkak iaitu 678 orang daripada 206 keluarga di sembilan PPS, pagi ini, berbanding 682 orang daripada 207 keluarga di sembilan PPS, malam tadi.

“Muar turut berkurangan kepada 1,107 mangsa daripada 337 keluarga di 10 PPS, pagi ini, berbanding 1,141 mangsa daripada 345 keluarga di 10 PPS, malam tadi.

“Batu Pahat masih kekal dengan jumlah 130 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di dua PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, tiga PPS yang ditutup meliputi Balairaya Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Mensudut Lama, Surau Al Muhtadeen dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Besar, di Segamat.

Mangsa banjir di Johor susut


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply