Lumpuh tidak halang bekas perejam negara genggam ijazah - EDISI SIASAT

Lumpuh tidak halang bekas perejam negara genggam ijazah

Read Time:2 Minute, 18 Second
Lumpuh tidak halang bekas perejam negara genggam ijazah
Bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Muhammad Kamal Ishak (kanan) bersama graduan Ijazah Sarjana Bahasa Melayu yang buta kedua mata, Khairullah Affarouk Paiman selepas majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-44 semalam. – FOTO BERNAMA

Lumpuh tidak halang bekas perejam negara genggam ijazah

SERDANG: Bekas perejam pasukan sepak takraw negara, Muhammad Kamal Ishak yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya kira-kira tiga tahun lalu meraikan detik bersejarah apabila menerima ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani, semalam.

Bekas atlet berusia 29 tahun itu menerima ijazah berkenaan daripada Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim pada Majlis Konvokesyen ke-44 UPM di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM di sini.

Muhammad Kamal mengakui selepas kemalangan pada 2019, dia hampir berputus asa dan tidak mahu meneruskan pengajian semester ketujuh kerana kesukaran untuk bergerak.

Dia yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkata, selepas melalui rawatan pemulihan fisioterapi barulah dia boleh duduk dan menulis.

“Saya dimasukkan ke unit rawatan rapi selama sebulan dan di hospital selama tiga bulan lagi. Ketika itu saya terlalu trauma… jari tak boleh gerak, dari tengkuk ke bawah lumpuh, saya hanya terbaring sahaja.

“Namun semangat saya kembali kuat apabila mendapat tahu isteri saya selamat dan anak dalam kandungannya juga selamat. Merekalah inspirasi saya.

“Selama tujuh bulan ibu, Jamilah Mad Jusoh dan bapa, Ishak Taib menjaga saya di Kuala Lumpur tanpa sehari pun dalam tempoh itu pulang ke kampung halaman. Pengorbanan mereka terlalu besar,” katanya.

Muhammad Kamal turut berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dan Sahabat Masjid UPM yang banyak membantu daripada segi kewangan selepas dia terbabit dalam kemalangan itu.

Dia mula mewakili negara semasa tingkatan lima dengan menyertai kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN, manakala pada 2015 menyertai kejohanan Sukan Universiti ASEAN.

Sementara itu, dia menyertai skuad senior kebangsaan dalam Piala Raja Thai di Bangkok, Thailand pada 2016, Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Sukan Asia di Indonesia 2018.

Lumpuh tidak halang bekas perejam negara genggam ijazah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

 

 

Share

Leave a Reply