Lebih 10,000 ahli PCS, UPKO sertai PBRS - EDISI SIASAT

Lebih 10,000 ahli PCS, UPKO sertai PBRS

Read Time:2 Minute, 31 Second
Lebih 10,000 ahli PCS, UPKO sertai PBRS
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup (tiga dari kiri) bergambar bersama bekas Naib Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Wilfred Bumburing (tengah) pada majlis kemasukan ahli baharu dalam PBRS hari ini. – Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

Lebih 10,000 ahli PCS, UPKO sertai PBRS

PENAMPANG: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menerima permohonan lebih 10,000 ahli daripada Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) semalam.

Bekas Naib Presiden PCS, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang mengetuai gerakan keluar beramai-ramai bagi menyertai PBRS mendakwa keputusan itu dilakukan kerana PCS tidak mempunyai hala tuju jelas terutama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.

Beliau berkata, sebelum ini PCS membuat rombakan barisan kepemimpinan dengan menerima Datuk Seri Anifah Aman untuk menerajui dan mengembangkan PCS sebagai parti berbilang kaum yang lebih besar.

Bagaimanapun katanya selepas PRN, PCS tidak melaksanakan sebarang gerakan, tindakan dan strategi bagi memantapkan pengurusan parti serta hubungan dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi dan ahli.

“Tiada perancangan dan gerakan diatur untuk menubuhkan atau menghidupkan semula bahagian dan cawangan menyebabkan ahli dan penyokong sentiasa tertanya-tanya apakah hala tuju PCS.

“Minit mesyuarat agung tidak disampaikan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selama lebih satu tahun sehinggakan kita menerima surat tunjuk sebab daripada jabatan terbabit.

“Malah tidak ada satu pun borang permohonan ahli diproses menyebabkan mereka tidak mengetahui status permohonan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata disebabkan perkara terbabit, pihaknya mengambil keputusan untuk menerima jemputan menyertai PBRS bersama UPKO serta parti lain dalam meneruskan perjuangan untuk rakyat Sabah.

Katanya, ia bukan satu keputusan mudah dibuat pihaknya disamping menafikan dakwaan tindakan pemimpin yang keluar dari PCS kerana khuatir tidak memperoleh jawatan selepas rombakan AMT yang akan dibuat dalam masa terdekat.

“Selain itu, ada yang bertanya mengapa kita memilih PBRS. Walaupun PBRS bukan sebesar parti lain, PBRS adalah sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan.

“Umumnya, ketika BN kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, PBRS tidak meninggalkan BN dan ini menunjukkan semangat setia kawan yang kental.

“PBRS juga satu-satunya parti berbilang kaum berasaskan kepada kaum Kadazan Dusun Murut. Terima kasih kepada Tan Sri Joseph Kurup atas jemputan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas sesi penyerahan borang keahlian menyertai PBRS di Wisma Kinsabina, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Joseph selaku Presiden PBRS dan timbalannya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Lebih 10,000 ahli PCS, UPKO sertai PBRS


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply