INTAN LADYANA TIADA NIAT 'SOROK' - EDISI SIASAT

INTAN LADYANA TIADA NIAT ‘SOROK’

Read Time:1 Minute, 54 Second

INTAN LADYANA TIADA NIAT ‘SOROK’, PUNYAI SEBAB – UMUM KINI HAMIL 8 BULAN 

“Kami berdua baru hendak bergelar ibu bapa kali pertama, jadi sekadar mengambil langkah berjaga-jaga. Jika terlalu awal diumumkan nanti, sekiranya apa-apa terjadi maka kami juga yang akan sedih.Oleh itu, kami mengambil langkah selamat untuk mendiamkan diri terlebih dulu kerana berpendapat isu kehamilan sebagai perkara sensitif.

“Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, kami akan muncul untuk membuat pengumuman apabila bersedia,” itulah kata pelakon Intan Ladyana, 39, yang meletakkan noktah kepada teka teki usia kehamilannya apabila mengumumkan dia kini mengandung lapan bulan dan dijangka bersalin pada Februari, depan.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Ladyana Mohamat Yahya menjelaskan dia tidak berniat untuk menyembunyikan usia dan berita kehamilan itu sebaliknya mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakannya itu.

Intan berkata, dia sebenarnya tetap selesa berdiam diri walaupun ‘baby bump’ tidak mampu disorok lagi. Malah, suaminya juga pelakon dan pengacara, Harris Aliff, 22, turut mengambil pendekatan sama untuk tidak berkongsi perkara itu.


Sementara itu, Harris memberitahu, mereka belum bersedia mendedahkan jantina anak kerana ingin memberikan kejutan termasuk keluarga, rakan-rakan serta peminat.

“Kami juga belum bersedia untuk mengumumkan jantina kandungan kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, pasti kami akan kongsikan.

“Malah, banyak lagi belum dibeli sebenarnya kerana kami binggung nak memilih ketika kali pertama berkunjung ke kedai menjual barangan bayi. Tidak tahu dari mana hendak mula, cuma barangan yang penting sudah kami beli,” kata Harris.

Untuk makluman, pasangan Harris dan Intan Ladyana selamat bernikah pada 5 Februari, tahun lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menariknya lagi, cinta pasangan ini berbeza usia 17 tahun.

INTAN LADYANA TIADA NIAT ‘SOROK’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply