Hakim Australia mula dengar tuntutan Djokovic - EDISI SIASAT

Hakim Australia mula dengar tuntutan Djokovic

Read Time:1 Minute, 38 Second
Hakim Australia mula dengar tuntutan Djokovic
Penyokong Novak Djokovic berkumpul di bangunan Mahkamah Persekutuan dekat Melbourne ketika hakim akan mendengar tuntutan pemain itu untuk masuk ke negara berkenaan tanpa divaksin. – AFP

Hakim Australia mula dengar tuntutan Djokovic

MELBOURNE: Hakim yang mendengar proses undang-undang Novak Djokovic yang mencabar keputusan kerajaan Australia membatalkan visa kemasukannya mencetuskan kebimbangan mengenai bagaimana bintang Serbia itu dilayan oleh pegawai ketika tiba di negara berkenaan.

Hakim Anthony Kelly berkata, Djokovic sudah menerima pengecualian perubatan yang diperlukan sebelum dia terbang ke Australia dan menyerahkan bukti itu ketika tiba di lapangan terbang Melbourne pada petang Rabu.

“Perkara yang saya agak gelisah ialah apa lagi yang dilakukannya?” kata Kelly ketika peguam Djokovic mencabar keputusan kerajaan persekutuan untuk membatalkan visa pemain itu di lapangan terbang.

Djokovic yang ditahan dekat hotel imigresen selepas visanya ditarik balik, menyatakan bahawa jangkitan COVID-19 dialaminya membolehkan dia mendapat pengecualian daripada Australia terhadap semua pelawat yang dikehendaki menerima dua dos vaksin.

Kerajaan Australia bagaimanapun berkata, bukan warga negara berkenaan tiada hak mendapat jaminan kemasukan ke Australia.

Walaupun pemain Serbia itu menang di mahkamah sekalipun, kerajaan ada hak untuk menahannya sekali lagi dan menghantarnya pulang.

Keputusan kerajaan untuk membatalkan visa Djokovic akan mengganggu usaha pemain itu mencipta rekod 21 Grand Slam pada Terbuka Australia yang akan bermula di Melbourne 17 Januari ini. – REUTERS

Hakim Australia mula dengar tuntutan Djokovic


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply