Gol Kehrer selamatkan mata buat PSG - EDISI SIASAT

Gol Kehrer selamatkan mata buat PSG

Read Time:1 Minute, 35 Second
Gol Kehrer selamatkan mata buat PSG
Pemain Paris Saint Germain meraikan jaringan penyamaan Thilo Kehrer ketika menentang Olympique Lyonnais di Decines dekat Lyon. – EPA

Gol Kehrer selamatkan mata buat PSG

PARIS: Pertahanan Jerman, Thilo Kehrer menyelamatkan Paris Saint-Germain yang seri 1-1 berdepan Lyon menerusi gol penyamaan 14 minit sebelum tamat pada aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

PSG mendahului liga dengan kelebihan 11 mata berbanding pasukan tangga kedua, Nice tetapi berkunjung ke Lyon tanpa bintang Argentina, Lionel Messi yang positif COVID-19 serta Neymar yang menjalani rawatan akibat kecederaan di Brazil.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino yang sedang mempersiapkan pasukan untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, menyamakan kedudukan pada lewat permainan berdepan kelab tangga ke-11 liga itu.

Lucas Paqueta yang baharu pulih daripada jangkitan COVID-19, membuka jaringan buat Lyon selepas tujuh minit permainan.

Pochettino bagaimanapun memuji pasukannya yang turut kehilangan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma; pertahanan, Juan Bernat dsan pemain tengah, Danilo Pereira, Julian Draxler serta Angel Di Maria yang semuanya diuji positif COVID-19.

“Perubahan yang kami lakukan bertujuan menyuntik sedikit rasa segar dalam pasukan,” kata jurulatih itu.

“Kami gembira kerana pemain gantian membawa kesungguhan yang kami mahukan. Xavi (Simons), Edouard dan Thilo semuanya membantu untuk gol penyamaan itu.” – AFP

Gol Kehrer selamatkan mata buat PSG


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply